Skip to content

Senarai Penerima Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3

Senarai Penerima Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 – Seperti yang telah berjalan bagi setiap tahun, bantuan kewangan seperti Sumbangan Tunai Rahmah ini akan melalui 4 fasa bayaran, dimana bayaran fasa ketiga bakal dilaksanakan pada OGOS nanti.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 3

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sebuah inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di bawah Belanjawan MADANI Kedua (Belanjawan 2024) bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan bertujuan untuk menghadapi cabaran kos sara hidup.

TARIKH BAYARAN STR 2024 FASA 3

Pada tahun lalu, tarikh bayaran STR Fasa 3 terpaksa diawalkan daripada yang telah dijadualkan. Ianya bertujuan untuk sambutan Hari Raya Aidiladha.

Namun pada tahun 2024 ini bayaran fasa ketiga ini tidam diawalkan sama seperti tahun lalu iaitu dan masih kekal pada OGOS 2024.

Berikut adalah beberapa syarat kelayakan bagi penerima STR ini :

  • Isi Rumah
    • Kahwin: atau
    • Ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang mempunyai anak yang menepati syarat dan
    • pendapatan isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah
  • Bujang
    • Bujang atau ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • had umur adalah 21 -59 tahun; dan
    • pendapatan bujang adalah RM2,500 dan ke bawah

Nota: Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

Kadar tambahan STR diperkasa melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan pembelian tanpa tunai kepada semua penerima STR 2024 seperti berikut:

STR Fasa 3 2024 SARA

SEMAKAN STATUS

Sekiranya anda ingin membuat semakan mengenai status kelayakan dan kemaskini bagi permohonan baru STR Fasa 3 2024, ianya boleh dikemukakan bermula 1 November lagi. Anda boleh berbuat demikian dengan memasuki portal rasmi MySTR.

Berikut adalah cara untuk membuat semakan :

  • Sila ke web rasmi MYSTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  • Masukkan Nom MyKad Pemohon
  • Pengesahakan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Semakan
  • StatusMaklumat yang akan dipaparkan
    • Status PermohonanMaklumat Pembayaran (Jika Ada)

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.