Skip to content

STR Fasa 3 Jumlah Pembayaran

STR Fasa 3 – Kementerian Kewangan, mewakili kerajaan, telah mengumumkan bahawa penerima yang layak akan menerima bayaran Fasa 3 Sumbangan Tunai Rahmah (STR) terus ke dalam akaun mereka mulai Ogos 2024.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Sumbangan Tunai Rahmah atau STR adalah kesinambungan kepada bantuan-bantuan kewangan sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BPR) dan sebagainya. Bantuan ini diberikan kepada golongan berpendapatan rendah B40 dan M40.

Penerimanya pula merangkumi kategori isi rumah, warga emas dan bujang. Pada tahun 2024 ini, dengan hikmah penyasaran semula subsidi – ia telah membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2024 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.

Mereka yang layak menerima STR adalah seperti berikut:

  • Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Had umur adalah 21-59 tahun;
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas;
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa;
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas;
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
Str fasa 3

STR Fasa 3

Seperti mana yang semua telah sedia maklum, pembayaran STR Fasa 2 telah pun dibuat kepada yang layak mulai 03 April lalu secara kredit terus ke akaun atau tuntutan tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Berkenaan dengan maklumat Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 pula, ia dijadualkan akan diagihkan pada bulan Ogos 2024 nanti. Namun begitu, jumlah bayaran kepada setiap penerima masih belum diumumkan secara rasmi dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Dimaklumkan juga bahawa permohonan STR 2024 kini dibuka sepanjang tahun dan tiada tarikh tutup. Oleh itu, kepada mereka yang masih belum memohon, permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi STR atau secara manual melalui borang permohonan.

Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di Portal Rasmi STR atau Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL.

Borang yang lengkap diisi kemudiannya perlu dilampirkan bersama dokumen-dokumen sokongan dan diserahkan ke Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL atau penghantaran secara Pos terhad kepada borang permohonan yang diterima ke alamat seperti berikut:

Peti Surat STR
GPO Shah Alam
40800 Shah Alam
SELANGOR Atau

Sekretariat STR
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
Presint 2
62592 PUTRAJAYA

Selepas permohonan dibuat, semakan status kelulusan boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi STR dengan tatacara berikut:

  • Log Masuk MySTR;
  • Semakan Status;
  • Maklumat Pembayaran. Di sana nanti akan dipaparkan maklumat seperti Nombor Pengenalan Akaun Kredit, Nama Penerima, Fasa Pembayaran, Jumlah Dikredit, Status Kredit, Nama Bank dan No Akaun Bank.

STR Fasa 3 Jumlah Pembayaran

Jumlah bayaran yang diberikan penerima STR Fasa 3 belum diumumkan lagi setakat ini dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Tarikh Bayaran STR Fasa 3 2024

Pembayaran akan dilaksanakan secara berperingkat bermula Ogos 2024.

Tarikh pembayaran spesifik akan ditentukan berdasarkan tarikh penghantaran borang permohonan, sama ada dalam bentuk talian atau kertas.

Seperti prosedur yang telah ditetapkan sebelum ini, bayaran bantuan akan terus dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang memenuhi syarat.

Untuk penerima yang tidak memiliki akaun bank atau mempunyai status akaun yang tidak aktif, mereka boleh melakukan penebusan tunai pembayaran STR di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.

Tarikh pembayaran str fasa 3

Cara Semakan STR Fasa 3

Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah:

  1. Klik lok masuk MySTR
  2. Masukkan nombor Mykad pemohon
  3. Pengesahan kata kunci keselamatan
  4. Maklumat yang akan dipaparkan :
    • Nama pemohon
    • No Mykad pemohon
    • Status permohonan
    • Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
  5. Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  6. Masukkan kata laluan

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.