STR 2024 Kategori Bujang

STR 2024 kategori bujang, terdapat penambahan dan peningkatan peruntukan kepada Sumbangan Tunai Rahmah untuk tahun 2024.

Kategori penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 ada tiga, iaitu Isi Rumah, Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan, dan Bujang.

STR 2024

STR 2024 atau nama penuh Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup. 

SYARAT KELAYAKAN STR 2024 KATEGORI BUJANG

Berikut merupakan syarat kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Bujang:

BUJANG:

  1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  2. Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah bagi yang berumur 21 tahun hingga 59 tahun dan OKU berumur 19 tahun hingga 59 tahun
  3. Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/ Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa

WARGA EMAS BUJANG / TIADA PASANGAN:

  1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  2. Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan berjumlah RM5,000 dan ke bawah bagi yang berumur 60 tahun dan ke atas

KADAR BAYARAN STR 2024 KATEGORI BUJANG

Berikut merupakan Nilai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Bujang:

Individu Bujang Berumur 21 – 59 Tahun / OKU Berumur 19 – 59 Tahun : RM350 bagi pendapatan RM2500 ke bawah.

Individu Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan Berumur 60 Tahun Dan Ke Atas: RM600 bagi pendapatan RM5000 ke bawah.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Bujang, sila klik pada pautan berikut:

KLIK DISINI: RISALAH STR 2024

Sebarang bantuan dan info lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top