Bantuan Kewangan Asasi RM3920 Setahun

Bantuan Kewangan Asasi adalah bantuan yang ditawarkan kepada pelajar yang mengikuti pengajian asasi di universiti awam.

Kadar bayaran adalah sebanyak RM3920 di mana termasuk wang saku elaun sebanyak RM2500.

Berikut adalah maklumat dan cara memohon bantuan ini. Para pemohon diminta untuk meneliti syarat dan cara permohonan.

Bantuan Kewangan Asasi

Di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), terdapat sebuah bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Kewangan Asasi.

Bantuan ini pada asasnya diberikan kepada para pelajar yang sedang mengikuti pengajian di Pusat-Pusat Asasi Universiti Awam dengan kadar sebanyak RM3,920 setahun/sepanjang tempoh pengajian.

Pecahan bantuan itu adalah seperti berikut:

  • Elaun Wang Saku sebanyak RM 2,500 setahun;
  • Yuran Pengajian dan Yuran Penginapan sebanyak RM1,420 setahun
  • Tambang penerbangan sekali (pergi dan balik untuk pelajar Sabah, Sarawak dan Labuan atau sebaliknya).

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon adalah warganegara Malaysia;
  • Pembiayaan bantuan kewangan ini adalah untuk pelajar yang mengikuti program bertaraf asasi di Universiti Awam dengan pendapatan keluarga dari kelompok B40 dan M40;
  • Pelajar yang telah mendaftar mengikuti kursus dengan menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau yang setaraf dengannya;
  • Kursus pengajian telah diperakui dan diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Cara Memohon

Bagi yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan bantuan ini boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, KPM.

Pemohon hendaklah menyemak dan mencetak sendiri dokumen-dokumen tawaran berikut:

  • Surat tawaran;
  • Borang perjanjian (3 salinan, borang kosong boleh difotokopi);
  • Borang penyata kewangan penjamin;
  • Panduan mengisi borang perjanjian;
  • Dokumen perjanjian yang telah lengkap hendaklah diserahkan semasa hari pendaftaran;
  • Tuntutan bayaran pelajar asasi sedia ada akan dibuat melalui pihak pentadbir UA masing-masing pada setiap semester.

Pemohonan perlu dihantar melalui Pejabat Pendaftar UA masing-masing dan tidak boleh dikemukakan terus kepada pihak KPM.

Maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini boleh dilihat – DI SINI.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top