Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR)

Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) adalah sebuah pemerkasaan bantuan & kemudahan di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh Kementerian Ekonomi bagi golongan B40 & miskin tegar bertujuan untuk menambah pendapatan keluarga miskin tegar dan B40 pada masa yang sama berusaha menyelesaikan masalah ekonomi harian.

Inisiatif Pendapatan Rakyat

Inisiatif Pendapatan Rakyat menumpukan usaha membasmi kemiskinan dan menambah pendapatan rakyat menerusi inisiatif pertanian, perniagaan makanan dan operator perkhidmatan.

Permohonan IPR terdiri daripada kategori Inisiatif Usahawan Tani (INTAN), Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) dan Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN).

Layari Halaman Ini untuk ketahui kategori lebih lanjut.

Syarat Kelayakan Pemohon

  • Warganegara Malaysia 
  • Pemohon adalah daripada golongan berpendapatan B40 dan miskin tegar 

Cara Memohon

Pemohon boleh mengemukakan permohonan secara atas talian dan perlu berdaftar sebagai pengguna IPR terlebih dahulu di Inisiatif Pendapatan Rakyat

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berhubung IPR, sila hubungi 03-8090 2888 atau rujuk kaunter khidmat pelanggan seperti di bawah: 

Kementerian Ekonomi Aras G, Menara Prisma No. 26, Persiaran Perdana, Presint 3 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62675 Putrajaya

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top