Bayaran Fasa 2 RM300 Dikreditkan Februari Ini

Bayaran Fasa 2 RM300 akan dikreditkan pada Februari 2023 ini. Bantuan tersebut adalah Bantuan Musim Tengkujuh fasa 2 yang akan dikreditkan tidak lama lagi.

Bagi yang belum mendapat informasi, bantuan ini terdapat 3 fasa, yang akan disalurkan ke akaun bank secara berperingkat kepada individu yang memenuhi syarat dan kelayakan.

Bayaran Fasa 2 RM300 Bantuan Musim Tengkujuh

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan menyalurkan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) berjumlah RM9.7 juta kepada 12,138 peneroka tanaman getah Felda yang layak di seluruh negara.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata bayaran sebanyak RM800 akan dibuat secara terus ke dalam akaun bank peneroka berkenaan, membabitkan masing-masing RM300 dalam Fasa 1 (Januari) dan Fasa 2 (Februari) serta baki RM200 dalam Fasa 3 (Mac).

JUMLAH BAYARAN BMT FASA 2

Terdahulu, bayaran bagi Bantuan Musim Tengkujuh hanya sebanyak RM600 sahaja. Namun, atas dasar keprihatinan kerajaan, bantuan ini telah dinaik taraf dan individu yang layak bakal terima RM800.

Pada bulan ini, bayaran bagi fasa kedua akan dikreditkan ke akaun penerima yang layak sebanyak :

  • RM300

TARIKH BAYARAN

Mengenai tarikh bayarannya pula, bayaran BMT fasa 2 akan dilaksanakan :

Fasa 2 : RM300 (Februari)

Bayaran Fasa 2 RM300
Jadual Fasa Bantuan, Sumber Jabatan Penerangan

SENARAI PENERIMA BANTUAN

Berikut adalah senarai penerima bantuan BMT RM800 ini :

  • Peneroka ladang getah yang menghantar hasil ke pusat pengumpulan getah FELDA;
  • Mereka yang tiada hasil kerana isu buruh atau serangan penyakit pokok getah;
  • Mereka yang dalam tempoh tanam semula bersama FELDA.

Peneroka tanaman getah yang layak menerima bantuan ini terdiri daripada mereka yang menghantar hasil ke pusat mengumpul getah Felda, mereka yang tiada hasil kerana isu buruh atau serangan penyakit pokok getah serta mereka yang sedang dalam tempoh tanam semula bersama Felda.

SEMAKAN PERMOHONAN BMT

Kepada pemohon yang sudah membuat permohonan, untuk pengetahuan anda semakan permohonan sudah dibuka.

Terdapat 2 cara membuat semakan antaranya :

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan, anda boleh hubungi Bahagian Produktiviti Pemasaran RISDA atau Hotline BMT 2022 di talian 03-4256 4022.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

2 thoughts on “Bayaran Fasa 2 RM300 Dikreditkan Februari Ini”

Comments are closed.

Scroll to Top