Bayaran Insentif Awal 2024 Penjawat Awam

BAYARAN INSENTIF AWAL untuk Penjawat Awam, Kerajaan bersetuju memberikan Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) kepada penjawat awam dan pesara sementara menunggu Kajian SSPA yang dijangka dimuktamadkan pada penghujung tahun hadapan.

Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) ini akan meneliti keperluan semua skim perkhidmatan dan dijangka akan dimuktamadkan pada penghujung tahun hadapan. Kali terakhir, semakan dilakukan adalah pada tahun 2012.

Bayaran Insentif Awal 2024 Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA)

Sementara menunggu Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) lengkap, Kerajaan bersetuju untuk memberi Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.

Perdana Menteri dalam pembentangan Belanjawan 2024 memaklumkan;

Sementara menunggu Kajian ini lengkap, sukacita diumumkan, Kerajaan bersetuju untuk memberi Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak 2,000 ringgit kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak dan 1,000 ringgit kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam melibatkan semua termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform. – Datuk Seri Anwar Ibrahim-

Tarikh Bayaran Bonus Penjawat Awam 2024

Bayaran insentif ini akan dibuat pada akhir Februari 2024 bagi meringankan beban persediaan persekolahan serta persiapan menjelang bulan Ramadan dan Syawal.

Untuk makluman, tarikh buka sekolah sesi 2024/205, Tarikh Puasa dan Tarikh Raya 2024 adalah sebagaimana berikut;

  • Tarikh buka sekolah kumpulan A – 10 Mac 2024 (Ahad)
  • Tarikh buka sekolah kumpulan B – 11 Mac 2024 (Isnin)
  • *Tarikh Puasa 2024 – 12 Mac 2024 (Selasa)
  • *Tarikh Raya 2024 – 10 April 2024 (Rabu)

*Tarikh ini akan diisyitiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

Jumlah Bayaran Insentif Awal

Jumlah bantuan yang diberikan akan diterima  adalah sebagaimana berikut;

  1. RM2000 kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah termasuk pegawai/kakitangan lantikan kontrak. 
  2. RM1000 – Jawatan Utama Sektor Awam (termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform) dan Pesara Kerajaan (termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen).
Bayaran Insentif Awal 2024 Penjawat Awam

Kaedah Pelaksanaan

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dari semasa ke semasa akan mengeluarkan surat edaran bagi memaklumkan kaedah pelaksanaan Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bagi tahun 2023 yang meliputi mereka yang layak dibayar dan yang tidak layak dibayar.

Info dan Maklumat Lanjut

Untuk info terkini Bantuan Khas Penjawat Awam & Pesara, sila layari;

  1. Facebook Jabatan Perkhidmatan Awam
  2. Facebook Kementerian Kewangan
  3. https://budget.mof.gov.my/manfaat/ 

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top