PERMOHONAN E-PENGELUARAN KWSP TELAH DIBUKA

Permohonan e-Pengeluaran KWSP telah dibuka. Bagi mereka yang layak boleh membuat permohonan sebahagian pengeluaran simpanan KWSP.

Antara ciri utama i-Akaun adalah e-Pengeluaran iaitu permohonan pengeluaran simpanan KWSP secara atas talian (bagi tujuan-tujuan di tertentu).

Berikut adalah serba sedikit informasi mengenai pengeluaran sebahagian simpanan KWSP dengan menggunakan E-Pengeluaran.

Syarat Kelayakan

  • Ahli warganegara Malaysia atau penduduk tetap
  • Syarat kelayakan mengikut syarat pengeluaran semasa
  • Permohonan pengeluaran tidak melebihi amaun pengeluaran maksimum
  • Bayaran secara pengkreditan terus ke Akaun Bank Simpanan/Semasa ahli atau ke akaun bank Rakan Strategik KWSP

Pengeluaran Sebahagian Simpanan KWSP
Membiayai Pendidikan

Pihak KWSP membenarkan para ahlinya memilih untuk mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2 bagi membantu membiayai pendidikan sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.

Membina Rumah

Ahli boleh membuat pengeluaran sebahagian simpanan mereka dari Akaun 2 bagi tujuan membina rumah. Antara syarat-syarat utamanya adalah mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2; Surat Perjanjian Membina Rumah tidak melebihi tiga tahun dari tarikh permohonan diterima dan berumur bawah 55 tahun.

Membeli Rumah

Untuk ahli yang ingin membeli rumah, pihak KWSP membenarkan pengeluaran dari Akaun 2. Rumah yang hendak dibeli itu merangkumi jenis banglo/teres/berkembar/apartmen/kondominium/apartmen studio /apartmen servis/townhouse/SOHO atau rumah kedai dengan unit kediaman di Malaysia.

Rawatan Kesihatan

Untuk ahli yang berdepan dengan masalah kesihatan, mereka boleh membuat pengeluaran daripada Akaun 2 untuk membiayai kos perubatan penyakit kritikal dan/atau peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan juga rawatan kesuburan.

Cara Menggunakan E-Pengeluaran KWSP

Seperti mana yang dimaklumkan ahli perlulah mempunyai i-Akaun KWSP.

Maklumat lengkap berkenaan perkara-perkara berkaitan faktor kebenaran pengeluaran KWSP boleh dirujuk DI SINI dan tatacara menggunakan e-Pengeluaran (i-Akaun) boleh dilihat – DI SINI (PDF).

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top