Hukum Penggunaan Vape Kenyataan Rasmi JAKIM

Vape seringkali dipopularkan sebagai alternatif yang lebih baik berbanding rokok namun apakah sebenarnya hukum penggunaan vape dalam Islam?

Segelintir pihak mendakwa menghisap vape atau rokok elektronik kononnya lebih selamat kerana hanya mengandunngi nikotin, berbanding rokok yang mengandungi ratusan bahan kimia berbahaya.

Dakwaan yang tidak bertanggungjawab inilah yang menyebabkan lebih ramai anak muda menghisap vape secara terbuka, malah ramai remaja bawah umur menghisap vape kerana percaya bahawa cecair vape hanya sekadar cecair yang berperisa sahaja.

Hukum penggunaan vape atau rokok elektronik

Kita wajib tahu bahawa setiap fatwa yang dikeluarkan mestilah berdasarkan ilmu dan bukti konkrit, bukan andaian semata-mata.

Satu ketika dahulu, rokok pernah difatwakan makruh namun kemudian hukumnya telah bertukar kepada haram setelah banyak kajian kesihatan berjaya membuktikan rokok mempunyai kesan serius kepada kesihatan tubuh badan manusia.

Hukum penggunaan vape

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM melalui laman Facebook rasminya telah mengeluarkan kenyataan di bawah:

Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan dan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia berpandangan bahawa hukum penggunaan rokok elektronik adalah HARAM. Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Rujuk halaman Fatwa JAKIM untuk dalil dan hujah panjang lebar mengenai fatwa yang dikeluarkan ini.

Bahaya penggunaan vape dan rokok elektronik

Kementerian Kesihatan Malaysia kerana menyiarkan mengenai bahaya penggunaan vape melalui laman Facebook rasminya untuk memberi kesedaran kepada orang ramai.

Berikut adalah kesan-kesan bahaya akibat penggunaan vape:

  • Vape dapat menurunkan sistem imunisasi badan.
  • Cecair vape mengandungi paras nikotin yang tinggi yang boleh mengakibatkan kematian.
  • Cecair vape juga mengandungi pelbagai perisa merbahaya dan menunjukkan sitotoksisiti (cecair yang mampu membunuh sel paru-paru, otak dan lapisan kulit) yang tinggi.

Dengan senarai bahaya penggunaan vape di atas, maka tidak hairanlah hukum penggunaan vape telah difatwakan sebagai haram.

Perlaksanaan Generational Endgame (GEG)
Pesanan daripada pihak KKM untuk orang ramai khususnya pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi agar tidak menghisap rokok elektrik atau vape.

Bagi menyokong usaha KKM untuk hentikan penggunaan produk rokok, perlaksanaan Generational Endgame (GEG) telah dikeluarkan pada tahun 2022.

GEG dikeluarkan bagi melindungi generasi muda Malaysia daripada menjadi mangsa ketagihan produk merokok termasuk rokok elektrik.

Sumber Artikel eCentral

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top