Bella Astillah Mengaku ‘Guna’ Muaz Zabir Masa Aliff Aziz Curang – ‘Saya Hanya Nak Buat Suami Cemburu’

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah tampil menjawab dakwaan yang mengatakan dirinya sedang hangat bercinta dengan pelakon muda berbakat iaitu Muaz Zabir.

Ketika ditemuramah oleh OhBulan!, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah tidak berselindung mengenai dakwaan tersebut dan mengakui dirinya juga pernah melakukan kesilapan.

Menurut Bella, kejadian tersebut berlaku sekitar setahun yang lalu dan tujuan asalnya adalah untuk membuat suaminya, Aliff Aziz cemburu.

Penjelasan Bella Astillah
Sumber Imej Ohbulan

Sebenarnya untuk kes ini, ia terjadi tahun lepas. Ia sudah lama dan niat saya adalah untuk buat suami saya cemburu. Saya percaya rakan-rakan saya kenal dan tahu bagaimana saya sayang Aliff.

Jadi bila saya menggunakan seseorang untuk buat suami saya cemburu, kerana pada ketika itu dia curang bersama dua wanita yang lain yang tak perlu saya sebut nama.

Saya nak perhatian dia dan dengan cara itu saya harap dia beri perhatian dan cemburu.”

Walau bagaimanapun, Bella mendedahkan kejadian tersebut diketahui oleh kedua belah keluarga dan sudah diselesaikan dengan cara baik bersama Aliff.

Budak lelaki ini baik. Dan bila kita tak rasa dihargai, rasa macam sampah jadi bila ada seseorang yang memberi perhatian, saya akui saya manusia biasa. Ini adalah kesilapan saya yang pertama selama 10 tahun bersama dengan Aliff.

Bagaimanapun kita sudah berbaik dan berdamai dengan seluruh keluarga. Bukan hanya dengan Aliff sahaja tapi dengan keluarga di Singapura, dan keluarga saya juga. Kami sudah bermaafan dan bercuti ke Penang jadi tiada masalah apa-apa.

Aliff pun sudah letak penutup di situ dan katakan dia masih sayangkan saya. Selepas kejadian itu saya nampak dia hargai saya. Saya pun fikir saya buat kesalahan dan kena taubat.

Ini adalah kesalahan saya dan saya pun sudah minta maaf,”

Namun begitu, Bella menjelaskan, Aliff kembali mengabaikan dirinya ketika menjayakan penggambaran bersama aktres, Ruhainies selepas hubungan rumah tangga mereka kembali pulih.

Bila dia mula penggambaran dengan Ruhainies, dia sudah tukar password. Jadi mungkin mereka nak menutup kes khalwat itu, mungkin sudah tiada senjata, mereka gunakan kes saya.

Di mana Aliff tidak sedar ke Ruhainies menggunakan dia. Sedangkan Aliff apa yang saya ada mengenai dia. Ini semua saya luahkan pada kali pertama. Hanya Aliff yang ada gambar saya dan Muaz.

Orang marah cakap saya bodoh tapi orang tak tahu bagaimana saya sayangkan rumah tangga saya. Saya mahu anak-anak saya ada ibu bapa yang lengkap jadi saya berkorban.”

Terdahulu, Bella dan Muaz didakwa menjalin hubungan cinta selepas tularnya beberapa hantaran di media sosial memaparkan foto mesra yang didakwa mirip Bella dan Muaz.

Bukan itu sahaja, terdapat juga tangkap layar memaparkan perbualan romantis yang didakwa terjadi antara kedua-dua pelakon

Sekadar info, pada 9 Mac lalu, Aliff dan aktres Ruhainies ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium di ibu negara.

Kemudian pada 13 Mac lalu, Bella memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres dan kes itu akan disebut semula esok di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

Sumber Artikel OhBulan!

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top