Netizen Dakwa Aliff Aziz Dalang Sebarkan Cerita Pasal Bella Astillah

Nama Bella Astillah menjadi bualan hangat warganet di media sosial hari ini selepas tular satu pendedahan mendakwa dia menjalinkan hubungan bersama seorang pelakon baru.

Menerusi hantaran di media sosial, beberapa tangkap layar mesej didakwa merupakan perbualan di antara Bella dan pelakon bernama Muaz itu memaparkan mereka menggunakan panggilan manja.

Aliff aziz

Semuanya edit?

Dalam pada itu, ramai yang dilihat menyebelahi Bella malah ada yang berpendapat mesej serta gambar yang ditularkan tersebut telah disunting.

Ujar netizen, perbuatan menularkan perbualan mesej tersebut mungkin bertujuan untuk menjatuhkan aktres berusia 30 tahun tersebut.

Nampak bayang Aliff?

Bukan itu sahaja, ada yang membuat tanggapan bahawa suaminya, Aliff Aziz merupakan dalang di sebalik pendedahan ini dan mendakwa ternampak bayang-bayang menyerupai aktor berkenaan.

Sumber Artikel Beautifulnara

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top