Cara Tebus RM400 Kredit Shopee Untuk Rakyat Malaysia

Sebanyak RM400 kredit rebat yang boleh ditebus oleh pengguna shopee dan rakyat Malaysia, pengguna boleh menebus kredit rebat tersebut bermula 4 Mac sehingga 3 Jun 2023.

Dalam usaha untuk menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan produk cekap air seperti mesin basuh di pasaran menerusi tawaran hebat, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dengan kerjasama Shopee kini menjalankan kempen Jimat Air 4.0.

Dalam inisiatif tersebut, baucar rebat RM400 akan diedarkan kepada pengguna-pengguna yang layak untuk dapatkan produk-produk jimat air untuk rumah masing-masing.

Kempen Jimat Air 4.0

Kempen ini dijalankan dengan kerjasama di antara Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Shopee.

Ia merupakan kesinambungan daripada kempen jimat air 1.0, 2.0 dan 3.0 yang pernah dilaksanakan sebelum ini.

Anda boleh menyertai kempen ini hanya dengan mengesahkan akaun ShopeePay anda.

Maklumat lanjut megenai – Kempen Jimat Air 4.0

Cara tebus rm400 kredit shopee

Baucar Shopee RM400

Berikut adalah tiga jenis baucar yang akan diedarkan:

  1. Baucar RM200 untuk membeli mesin basuh
  2. Baucar RM150 untuk dapatkan kelengkapan mandi dan jamban
  3. Baucar diskaun 50% untuk dapatkan kepala paip (sehingga 50%)
Claim rm400 kredit shopee

Senarai Perkakasan Dalam Kempen Jimat Air 4.0

Senarai perkakasan yang terlibat dalam Kempen Jimat Air 4.0 adalah seperti berikut:

  1. Mesin Basuh – KLIK SINI
  2. Perkakasan Bilik Air – KLIK SINI
  3. Perkakasan Bilik Mandi – KLIK SINI
  4. Pekedai Terlibat – KLIK SINI

Cara Tebus Baucar Shopee RM400

Bagi anda yang ingin menebus baucar ini, anda boleh layari Kempen Jimat Air 4.0 untuk cara penebusan.

Claim RM400 kredit Shopee

Nota penting: Setiap pengguna berhak mendapat satu (1) baucar untuk setiap kumpulan kategori sepanjang tempoh kempen, terhad atas dasar siapa cepat dia dapat.

Tempoh kempen akan bermula pada 4 Mac 2023 dan akan berakhir pada 3 Jun 2023. Pengguna yang telah berjaya mengesahkan ShopeePay mereka sebelum 19 Mac layak untuk baucar.

Pengguna yang telah menebus mesin basuh, almari air & peralatan bilik air, dan baucar pili air & kepala pancuran dalam kempen Jimat Air 1.0 – 3.0 TIDAK layak untuk baucar Jimat Air 4.0 daripada kategori yang sama.

Pengguna yang menggunakan baucar ini harus membenarkan maklumat peribadi mereka dikumpul dan dikongsi dengan SPAN.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai kempen ini, anda boleh berhubungan dengan pihak SPAN di talian 03-8317 8333 atau emel ke [email protected]

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top