Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Pesawah, Pekebun & Nelayan

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Pesawah, Pekebun & Nelayan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan beberapa inisiatif tambahan dalam Belanjawan 2023.

Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) bagi bacaan kali kedua di Dewan Negara hari ini berkata inisiatif tambahan baharu itu melibatkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada 850,000 pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan.

Berikut dikongsikan info ini selanjutnya.

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Untuk Pesawah, Pekebun & Nelayan 2023

Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM200 kepada 850,000 orang pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan bagi meringankan beban golongan berkenaan menjelang Aidilfitri dengan kos bernilai RM170 juta.

Dalam Belanjawan 2023 sebelum ini, kerajaan mengumumkan bantuan sebanyak RM300 sebulan kepada nelayan dan RM200 sebulan untuk pesawah padi untuk tempoh tiga bulan semusim serta menaikkan sumbangan musim tengkujuh daripada RM600 kepada RM800 untuk tempoh empat bulan kepada pekebun kecil getah.

Bantuan khas kewangan aidilfitri pesawah nelayan pekebun
Bantuan khas kewangan aidilfitri
Sumber infografik: Jabatan Komunikasi Komuniti

Menurut PM, Belanjawan 2023 termasuk inisiatif baharu ini adalah bukti komitmen Kerajaan Perpaduan untuk membawa perubahan kepada negara Malaysia, selain bukti ketegasan kerajaan untuk menambah baik tadbir urus bagi menjamin menjamin kesejahteraan rakyat keseluruhannya.

Disebabkan tanggungjawab ini besar, PM berkata semua pihak perlu memainkan peranan bagi menjayakannya.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Negara hari ini yang mana merupakan tambahan daripada bantuan yang telah diumum dalam Belanjawan 2023.

“Sebelum ini, kerajaan umumkan bantuan sebanyak RM300 sebulan bagi nelayan dan RM200 untuk pekebun kecil getah untuk tiga bulan (semusim).

“Bantuan musim tengkujuh juga kita naikkan daripada RM600 kepada RM800. Namun keadaan hidup hidup rakyat miskin ini masih terasa.

“Oleh demikian, saya lihat masih ada masalah terutama bulan Ramadan, maka saya bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM200 yang menelan belanja RM170 juta,” katanya.

Manakala bantuan khas kewangan Aidilfitri bagi penjawat awam dan pesara kerajaan boleh dibaca di halaman mynewskini ini.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top