Cara Dapatkan Semula Duit Yang Hilang Dalam Akaun Bank

Cara Dapatkan Semula Duit Yang Hilang Dalam Akaun Bank

Kehilangan duit dalam akaun bank boleh menjadi situasi yang mengejutkan dan menyusahkan bagi sesiapa pun. Ia mungkin berlaku akibat pelbagai sebab seperti kesilapan transaksi, penipuan elektronik, atau masalah teknikal dalam sistem perbankan.

Namun, penting untuk diingat bahawa terdapat langkah-langkah yang boleh diambil untuk mendapatkan semula duit yang hilang. Dalam karangan ini, kita akan meneroka beberapa strategi dan panduan yang berguna bagi memulihkan kembali kehilangan duit dalam akaun bank.

Pastikan anda mengetahui hak anda sebagai pelanggan bank dan tahu bagaimana caranya untuk mendapatkan kembali duit simpanan anda.

Sekiranya anda pernah mempunyai pengalaman wang simpanan anda dalam akaun bank tiba-tiba lesap, anda tentulah panik lebih-lebih lagi sekiranya amaun wang tersebut besar.

Namun, sekiranya jumlah wang tersebut hanyalah kecil, itu tidak bermakna anda boleh membiarkannya sahaja kerana ianya tetap hak anda.

Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu diambil anda dengan segera bagi mengelakkan perkara lebih tak diingini terjadi.

1. Maklumkan kepada pihak bank

Sebaik sahaja anda menyedari kehilangan wang anda dalam akaun, segera hubungi pihak bank melalui nombor yang tertera di belakang kad debit atau kredit anda.

Bagi memudahkan urusan pihak bank, pastikan anda mencatat butiran-butiran penting berikut:

  1. Jumlah wang yang hilang
  2. Anggaran masa transaksi wang
  3. Nombor akaun atau nama penerima wang (sekiranya ada), boleh disemak melalui akaun perbankan internet anda (Maybank22u, CIMB Clicks, iRakyat dll)

Lebih baik sekiranya bukit-bukti ini boleh disertakan sekali melalui gambar/screenshot untuk dikongsikan dengan pihak bank.

Bergantung kepada sesuatu kes, bank mungkin akan membekukan akaun anda sehingga selesai menjalankan siasatan dan menghalang transaksi dari akaun penerima yang sama.

2. Laporkan kepada pihak polis

Sila buat laporan mengenai kehilangan wang melalui transaksi tidak sah ini di balaii polis berhampiran anda dengan membawa bersama bukti-bukti seperti yang anda berikan kepada pihak bank.

Dapatkan salinan laporan polis untuk diberikan kepada pihak bank.

Dapatkan nombor telefon pegawai penyiasat anda bagi memudahkan anda mendapatkan sebarang perkembangan terkini mengenai kes anda (sekiranya ada).

3. Hantar laporan polis kepada pihak bank dan tunggu hasil siasatan

Hantarkan salinan laporan polis mengenai duit hilang dalam akaun anda kepada pihak bank.

Pastikan anda menyimpan satu salinan laporan untuk simpanan peribadi sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini, contohnya laporan polis hilang/tercicir dalam tangan pihak bank.

Pihak bank akan menyiasat laporan anda dan ianya mungkin mengambli sehingga tempoh 14 hari bekerja.

Sentiasa follow-up kes anda kepada pihak bank dengan menghubungi mereka untuk mendapatkan apa-apa perkembangan terbaru daripada pihak bank.

5. Laporkan kepada Bank Negara Malaysia

Anda juga digalakkan memanjangkan laporan kehilangan duit dalam akaun anda kepada pihak BNM melalui salah satu cara yang berikut:

  1. Borang telelink BNM
  2. Talian BNM:
    • Telefon: 1-300-88-5465 / 603-2698-8044 / 2698 9044 / 9179 2888
    • Luar Negara: +603-21741717
  3. Cawangan BNM negeri anda

Sumber Artikel eCentral.my

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top