Bantuan BKPKK RM3,600 Setahun. Semak Maklumat Ini.

Bantuan BKPKK RM3,600 setahun adalah Bantuan Khas Penghargaan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan yang dikenali sebagai BKPKK.

Pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri telah memperkenalkan pelbagai usaha bagi membantu dan meringankan beban rakyat.

Berikut adalah sedikit maklumat dan info lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:

Bantuan BKPKK RM3,600

BKPKK atau Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti adalah sebuah bantuan kewangan kepada para pelajar Kolej Komuniti untuk dua semester.

Bantuan ini berjumlah RM1,800 bagi satu semester, dengan jumlah keseluruhan RM3,600 bagi dua semester pengajian. Kaedah pelaksanaannya adalah secara bulanan sebanyak RM300/sebulan bagi setiap semester (6 bulan).

Kadar Bantuan

Jumlah keseluruhan RM3,600 untuk dua semester pengajian atau:

  • RM300 Sebulan setiap semester

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon hendaklah warganegara Malaysia;
  • BKPKK diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 4 semester (peringkat sijil);
  • Pelajar yang layak diberikan BKPKK adalah pelajar yang mempunyai ibubapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah;
  • Menandatangani 2 (dua) salinan perjanjian (tanpa penjamin);
  • Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga;
  • Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program.

Cara Memohon

Bagi melayakkan pelajar menerima bantuan ini untuk dua semester, mereka hendaklah mendapat CGPA minimum 2.0 untuk melayakkan diri untuk menerima bantuan kewangan pada semester kedua.

Untuk mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan BKPKK boleh dibuat melalui pusat Kolej Komuniti masing-masing.

Pertanyaan dan Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut dan lebih teliti berkenaan bantuan kewangan ini, sila rujuk di Portal Rasmi KPM DI SINatau DI SINI.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

3 thoughts on “Bantuan BKPKK RM3,600 Setahun. Semak Maklumat Ini.”

  1. Hello there

    Is your dog’s nails getting too long? If you’re tired of going to the vet or groomer to get them trimmed, why not try PawSaferâ„¢?
    With PawSaferâ„¢, you can trim your dog’s nails from the comfort of your own home, and it only takes a few minutes!

    PawSaferâ„¢ is the safest and most convenient way to trim your dog’s nails, and it’s very affordable.

    Get it while it’s still 50% OFF + FREE Shipping

    Buy here: https://pawsafer.net

    Best regards,

    Arlene

Comments are closed.

Scroll to Top