Cara Mudah Kira Dividen ASB 2023

Bagi mereka yang ingin memahami cara mudah mengira dividen ASB, langkah-langkah berikut akan memberikan panduan yang berguna untuk mengetahui proses pengiraan dividen dari Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Cara mudah kira dividen asb 2023

Cara Mudah Kira Dividen ASB 2023

Cara kira dividen ASB boleh ikuti langkah-langkah yang berikut:

  • Dapatkan dahulu Baki Minimum Bulanan (BMB). Baki ini merupakan baki terendah yang pernah dicatatkan dalam akaun anda di antara 1hb sehingga hujung bulan. Dapatkan BMB untuk 12 bulan, bermula dari tahun Januari sehingga bulan Disember.
  • Setiap jumlah BMB bagi 12 bulan dicatatkan. Kemudian, campurkan kesemua BMB untuk 12 bulan tersebut.
  • Bahagikan jumlah keseluruhan BMB tersebut dengan 12 untuk mendapatkan Purata Baki Minimum Bulanan 12-Bulan, ataupun nama lainnya Baki Minimum Tahunan.
  • Kemudian, darabkan Baki Minimum Tahunan dengan kadar dividen/bonus.

Contoh mudah:

  • AGIHAN PENDAPATAN ASB 2023 : 4.25%
  • BONUS : 1.0%

Dividen ASB 2023 5.25% untuk simpanan dari 01 Jan sehingga 31 Dec 2023.

Kalau simpanan RM10,000 dari 01/01/2023 sampai 31/12/2023 tanpa sebarang pengeluaran, jadi dividen akan dapat 10k x 5.25% = RM525.

Kalau simpanan RM10,000 dari 01/01/2023 dan bulan Jun keluarkan RM5,000. Maksudnya baki tinggal RM5,000 sehingga 31/12/2023. Jadi dividen yang kamu dapat adalah RM218.75 + RM153.13 = RM371.88

Kalau simpanan cuma RM5,000 dari 01/01/23 dan bulan 12 sempat tambah simpanan RM20,000. Dividen kamu dapat adalah RM5,000 x 5.25% = Rm262.50 sahaja.

Simpanan RM20,000 yang baru ditambah tidak menambah apa-apa dividen. Melainkan jika ditambah pada bulan 11 maka akan dapat tambahan RM87.50.

Kalau simpanan RM20,000 dari 01/01/23 dan bulan November ada mengeluarkan RM10,000. Jadi baki tinggal lagi RM10,000. Jadi dividen yang boleh dapat ialah RM875 + RM87.5 = RM962.50

Begitulah cara kira dividen dalam ASB. Bukan direct darab dengan 5.25% melainkan kalau memang simpan dari 01/01 sehingga 31/12.

Semakan & Cara Kira Dividen (ASB Financing) ASBF

ASB | Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan 5.25 sen seunit kepada pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023. Ia melebihi kadar agihan pendapatan tahun lalu iaitu 4.6 peratus.

Cara kira dividen ASBF tahun ini sangat menguntungkan kerana ianya SOLID dan tidak dihadkan kepada RM30,000 unit terawal seperti tahun 2022.

Cara kira dividen ASBF 2023

= RM100,000 x 5.25%

= RM5,250

Cara kira dividen ASBF 2022

= (RM100,000 x 4.6%) + (RM30,000 x 0.5%)

= RM4,600 + RM150

= RM4,750

Dari RM4,750 menjadi RM5,250! Ingat, duit ASBF kita bakal digunakan pada waktu pencen nanti. Jangan keluarkan untuk berjoli. Tapi, kalau ingin mengeluarkan untuk kegunaan bayar bulanan untuk tahun 2024 adalah digalakkan agar gaji bulanan boleh menambah pelaburan dalam ASB simpanan. Maka terdapat ASB & ASBF untuk simpanan kita.

Tarikh Semakan Dividen ASB 2023

Semakan pengkreditan ASNB boleh dilakukan setelah pembukaan semula urusniaga ASNB dan kemaskini akaun.

Semakan pengkreditan boleh dibuat mulai 1 Januari 2024 secara online di Portal MyASNB dan 2 Januari 2024 di Kaunter ASNB.

Urus niaga ASB

Cara Semakan Dividen ASB

Kini kita dah tak perlu beratur di kaunter untuk mendapatkan penyata atau semak baki ASB.

Untuk membuat semakan dividen dan bonus, kita boleh melakukannya secara online saja iaitu melalui Portal myASNB.

myASNB adalah sebuah portal dimiliki sepenuhnya oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

Ia adalah platform dalam talian yang mudah yang selamat bagi pelanggan ASNB untuk melihat pegangan dan melaksanakan urusniaga dalam talian di mana sahaja pada bila-bila masa.

Langkah membuat semakan ASB online adalah seperti berikut:

  1. Daftar / Login myASNB (Pastikan nombor telefon telah dikemaskini untuk mendaftar pertama kali)
  2. Senarai Portfolio Pelaburan akan dipaparkan
  3. Semak Penyata Kewangan dan pilih Tahun Kewangan
  4. Boleh cetak atau save dalam PDF untuk rujukan

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dividen ASB 2022 dan semakan pendapatan ASBF, sila rujuk laman web Amanah Saham Nasional berhad (ASNB) di www.myasnb.com.my

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB 03-7730 8899 (8 pagi – 10 malam) atau emel ke [email protected]

Sumber artikel eCentral

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top