Mohon Bantuan Am Persekutuan Sekarang RM350 Sebulan

Mohon Bantuan Am Persekutuan sekarang di mana bayaran akan diberikan sebanyak RM350 sebulan. Bantuan ini akan disalurkan khas kepada rakyat Malaysia yang terjejas dan berkelayakan.

Bantuan Am Persekutuan

Penting untuk anda ketahui bahawa terdapat pelbagai bantuan yang boleh anda peroleh melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), termasuk di antaranya ialah Bantuan Am Persekutuan.

Bantuan ini disalurkan kepada mereka yang kurang mampu dan memerlukan, dengan tujuan menjaga kelanjutan dan kesejahteraan kehidupan di dalam masyarakat.

Nilai Bayaran Bantuan Am Persekutuan

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menetapkan dimana, setiap individu yang berkelayakan bakal menerima bayaran sebanyak :

  • Minimum : RM100
  • Maksimum : RM350

Apa yang menariknya, rakyat Malaysia yang layak mereka akan menerima bayaran automatik secara bulanan.

Syarat Kelayakan

beberapa syarat kelayakan yang wajib untuk diketahui. Berikut adalah senarai kelayakan :

  •  Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata  Miskin Per Kapita Semasa
  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain

Cara Mohon Bantuan

Rakyat Malaysia yang ingin memohon, berikut dikongsikan langkah bagi memohon Bantuan Am Persekutuan ini :

  • Sila layari laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • muat turun borang permohonan.
  • Tekan pada ‘Daftar Permohonan Atas Talian’.
  • Daftar permohonan mengikut negeri.
  • Kemudian lengkapkan maklumat yang diperlukan.
  • Sila lampirkan dokumen sokongan yang diperlukan.
  • Hantar borang permohonan.

Untuk maklumat lebih cara memohon, sila rujuk DISINI

Dokumen Sokongan Permohonan

Setiap individu yang ingin memohon, pastikan anda lengkapkan senarai dokumen seperti dibawah :

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top