Skip to content

Cara Semak Dan Mohon Bantuan E-Kasih 2024

Cara Semak Dan Mohon Bantuan E-Kasih 2024 – E-Kasih merupakan satu portal yang telah diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan negara.

E-KASIH

e-Kasih merupakan sistem Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profil individu, program / bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program / bantuan yang diterima.

Maksud Ketua Isi Rumah (KIR)

KIR adalah daripada kalangan ahli isi rumah sesuatu tempat kediaman yang bertanggung jawab atau diberi tanggung jawab terhadap kebajikan ahli isi rumah di mana dia tinggal.

Maksud Ahli Isi Rumah (AIR)

AIR ialah mereka yang dianggap sebagai penghuni atau tanggungan di sesuatu tempat kediaman di mana mereka tinggal.

AKSES UTAMA E-KASIH

Berikut akses utama yang yang boleh dilakukan dalam sistem e-Kasih ini iaitu :

  • Membuat semakan status kemiskinan secara online
  • Menyelaraskan maklumat bantuan
  • Penemaskinian maklumat kemiskinan secara online
  • Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
  • Penjanaan Laporan dan statistik kemiskinan
  • Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan

SENARAI BANTUAN

Pelbagai bantuan yang anda boleh dan layak mohon melalui e-Kasih ini, namun ianya bergantung kepada kelayakan anda. Berikut adalah senarai bantuan e-Kasih :

  • Bantuan i-Suri KWSP
    Sekiranya anda penerima e-Kasih, anda juga layak menerima bantuan i-Suri KWSP sebanyak RM480.
  • Bantuan Ibu Tunggal dan Warga Emas
    Sepanjang tempoh PKP & juga pasca PKPB serta PKPD, banyak bantuan diberikan kepada kelompok ibu tunggal dan orang tua yang berkelayakan berdasarkan senarai nama di bawah sistem ini
  • Bantuan OKU dan Bantuan Anak Yatim
  • Bantuan Persekolahan
    Jika anda penerima bantuan e-Kasih, sekiranya anak anda telah bersekolah (Rendah / Menengah), anak anda layak untuk menerima bantuan persekolahan.
  • Bantuan Khas Bakul Makanan JKM
    Jika anda penerima e-kasih,anda juga layak menerima Bantuan Khas Bakul Makanan JKM tanpa perlu isi borang permohonan ekasih disebalik perintah PKPB & PKPD di Melaka, Kuala Lumpur KL, Negeri Sembilan, Johor, Kelantan, Terengganu, Sabah, Sarawak, Perlis, Langkawi, Kedah, Pulau Pinang Penang, Perak, Selangor dan Pahang.
  • Dan banyak lagi.

SYARAT KELAYAKAN 

Syarat kelayakan bantuan bagi tahun 2021 adalah berbeza bagi lokasi (negeri) dan jenis bantuan yang dimohon.

  • Pendapatan Garis Kemiskinan (Bandar) – RM1,500
  • Pendapatan Garis Kemiskinan (Luar Bandar) – RM1,000

Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah (bulanan) yang disediakan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) setiap dua tahun sekali.

Untuk rujukan terperinci mengenai PGK semasa mengikut negeri, sila rujuk pautan di bawah ini :

Cara semak dan mohon bantuan e-kasih

CARA SEMAK BANTUAN E-KASIH

Semakan status eKasih boleh dibuat secara online melalui pautan berikut: 

SEMAKAN STATUS E-KASIH

Anda juga boleh menghubungi ICU JPM melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN – Bahagian / Unit Kesejahteraan Rakyat) dan memberikan maklumat seperti nama atau nombor kad pengenalan untuk semakan dan pengesahan status.

Nota : Sila kemaskini maklumat anda dari semasa ke semasa agar memudahkan proses validasi kelayakan.

CARA MOHON E-KASIH

Bagi anda yang ingin membuat permohonan, berikut adalah proses permohonan :

Cara semak dan mohon e-kasih

PENDAFTARAN E-KASIH

Individu yang ingin mendaftar boleh merujuk kepada Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN).

Individu / orang awam boleh hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan atau melalui :

  • telefon
  • surat
  • e-mel rasmi
  • membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP)

Berikut adalah senarai nombor telefon yang boleh dihubungi untuk tujuan pendaftaran :

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.