Mohon Bantuan Barangan Dapur

Bantuan Barangan Dapur – Kerajaan ketika ini telah melaksanakan pelbagai inisiatif dalam membantu rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah khusus untuk isi keluarga yang terjejas.

Walaubagaimanapun, bantuan-bantuan yang diberikan hanya akan disalurkan kepada mereka yang menepati syarat kelayakan agar ianya dapat disalurkan kepada rakyat Malaysia yang benar-benar memerlukan.

Mungkin ada dikalangan anda yang tidak tahu mengenai salah satu bantuan yang boleh dimanfaatkan dimana ianya akan disalurkan pada setiap bulan. Bantuan ini bukanlah secara tunai, akan tetapi ianya boleh ditebus untuk membeli barang keperluan dapur.

Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor ataupun BINGKAS. Menginsafi keperluan untuk meningkatkan kedayatahanan kewangan bagi keluarga-keluarga di Selangor, BINGKAS akan menyalurkan RM300 setiap bulan kepada 30,000 keluarga penduduk Selangor khas untuk pembelian barangan dapur dan keperluan asas lain.

Mohon bantuan barangan dapur

SENARAI BANTUAN BARANGAN DAPUR

Berikut merupakan senarai barangan yang diluluskan / boleh dibeli dengan menggunakan bantuan BINGKAS RM300 setiap bulan :

  1. Beras.
  2. Mi dan Bihun.
  3. Roti.
  4. Biskut.
  5. Telur.
  6. Gula dan garam.
  7. Rempah ratus, sos, kicap dan sebagainya.
  8. Tepung.
  9. Minyak masak.
  10. Ubat-ubatan.
  11. Sayur-sayuran dan buah-buahan.
  12. Daging ayam, lembu, kambing dan ikan.
  13. Sabun, kelengkapan mandian dan bahan pencuci.
  14. Lampin pakai buang (bayi / dewasa).
  15. Produk tenusu (susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis).
  16. Barangan persekolahan (beg, kasut, buku, alatulis, pakaian seragam, dan sebagainya).
  17. Perihal pendidikan (buku-buku ilmiah / akademik).

CARA PEMBELIAN BARANGAN DAPUR RM300 SETIAP BULAN DENGAN BANTUAN

Berikut merupakan cara pembelian barangan dapur dengan menggunakan Bantuan RM300 setiap bulan :

  1. Kunjungi kedai yang tersenarai di bawah program BINGKAS; rujuk senarai kedai di sini : https://www.bingkasselangor.com/senarai-kedai.
  2. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang diluluskan (seperti senarai di atas).
  3. Imbas ID penerima di aplikasi e-Wallet SELANGKAH untuk pengesahan.
  4. Juruwang akan membuat semakan barangan yang dibeli.
  5. Pastikan baki dalam kad maya mencukupi untuk membuat bayaran.
  6. Tekan butang PAY dan pilih akaun BINGKAS untuk membuat pembayaran.
  7. Masukkan pin 6 digit untuk pengesahan dan pengaktifan kod QR bagi tujuan pembayaran.
  8. Juruwang akan mengimbas kod QR untuk menerima bayaran.
  9. Semak baki pada resit pembelian.

CARA MEMBUAT SEMAKAN

Ikuti cara semakan bantuan untuk pembelian barangan dapur RM300 setiap bulan di Portal Rasmi seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi : bingkasselangor.com
  2. Kemudian, pada halaman BINGKAS sila klik pada [Log Masuk].
  3. Masukkan Nombor Telefon anda yang telah berdaftar dengan aplikasi SELANGKAH.
  4. Masukkan juga kata laluan anda yang betul.
  5. Pergi ke bahagian semakan.
  6. Selesai.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top