Cara Semak Sumbangan Asas Rahmah (STR Tambahan)

Sumbangan Tunai Rahmah adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

Pelaksanaan bantuan SARA ini akan disalurkan setiap bulan selama 6 bulan bermula Julai sehingga Disember 2023 dan nilai sumbangan keseluruhan adalah sebanyak RM600.

Sumbangan tambahan akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan secara baucar untuk barangan makanan asas.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diagihkan melalui pengkreditan ke Kad Pengenalan bagi mereka yang layak dengan pembelian barangan makanan di pasaraya terpilih (maklumat mekanisme terperinci akan dikemaskini dari semasa ke semasa).

Cara Semak eKasih UNTUK STR TAMBAHAN (SARA)

Semakan kelayakan perlulah dibuat melalui portal rasmi eKasih untuk mengetahui kelayakan anda sebagai penerima bantuan STR tambahan seperti berikut.

  1. Layari portal rasmi yang telah disediakan oleh eKasih : https://ekasih.icu.gov.my
  2. Masukkan No.Kad Pengenalan anda
  3. Kemudian, KLIK butang ‘CARIAN’
  4. Seterusnya jika tersenarai didalam data eKasih, ianya akan memaparkan maklumat seperti nama, nama KIR, Status daftar, negeri dan daerah.

Status kelayakan ini juga boleh diketahui melalui ruangan status STR Fasa 3 seperti dalam tangkap layar di bawah ini.

Cara Semak Sumbangan Asas Rahmah (STR Tambahan)

Tarikh Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ini akan disalurkan bermula bulan Julai hingga Disember 2023.

Sila rujuk jadual berikut :

  • SARA 1 – Julai 2023 (RM100)
  • SARA 2 – Ogos 2023 (RM100)
  • SARA 3 – September 2023 (RM100)
  • SARA 4 – Oktober 2023 (RM100)
  • SARA 5 – November 2023 (RM100)
  • SARA 6 – Disember 2023 (RM100)

Kategori Yang Layak Menerima STR Tambahan / Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar.

Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:

  • penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; dan
  • mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah seperti berikut :Portal Rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/1-800-88-2747 (9 AM-5PM) 03-8882 4565 / 03-8882 4566

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top