Syarat Kelayakan Penerima STR Tambahan (SARA) Sebanyak RM600

Syarat Kelayakan Penerima STR Tambahan Sebanyak RM600. Pelaksanaan bantuan SARA ini akan disalurkan setiap bulan selama 6 bulan bermula Julai sehingga Disember 2023.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diagihkan melalui pengkreditan ke Kad Pengenalan bagi mereka yang layak dengan pembelian barangan makanan di pasaraya terpilih (maklumat mekanisme terperinci akan dikemaskini dari semasa ke semasa).

Sumbangan tambahan akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan secara baucar untuk barangan makanan asas.

Syarat Kelayakan Penerima STR Tambahan / Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar.

Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:

  • penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; dan
  • mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan

SEMAKAN STR TAMBAHAN (E-KASIH)

Berikut adalah cara untuk membuat semakan samada anda layak ataupun tidak bagi menerima STR tambahan ini :

  • Layari portal rasmi e-kasih : https://ekasih.icu.gov.my
  • Masukkan nombor kad pengenalan
  • Tekan butang carian
  • Kepada mereka yang tersenarai di bawah data e-kasih akan dipaparkan maklumat seperti nama, nama KIR, status daftar, negeri dan daerah.

JADUAL & TARIKH BAYARAN

Kerajaan telah memaklumkan bahawa, bayaran STR TAMBAHAN RM600 tersebut akan dilaksanakan pada :

  • JULAI (RM100)
  • OGOS (RM100)
  • SEPTEMBER (RM100)
  • OKTOBER (RM100)
  • NOVEMBER (RM100)
  • DISEMBER (RM100)
Syarat Kelayakan Penerima STR Tambahan Sebanyak RM600.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah seperti berikut :Portal Rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/1-800-88-2747 (9 AM-5PM) 03-8882 4565 / 03-8882 4566

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top