Disangka Bakal Tunai Umrah Dengan Aliff Aziz, Ruhainies Bersuara – “Fikiran Korang Sangat Negatif”

Pelakon Ruhainies tampil menyelar pihak yang salah faham dan menularkan videonya di semua platform media sosial sehingga mengundangkan fitnah.

Terdahulu, aktres berusia 31 tahun itu telah memuat naik video di Instagram story memaparkan dirinya memakai serba putih dan begitu juga aktor Aliff Aziz.

Ia sekaligus mengundang tanda tanya sama ada Ruhainies dan Aliff bakal berangkat untuk menunaikan umrah apatah lagi video itu dirakam di lapangan terbang.

Bukti mentaliti teruk

Menerusi story yang berbeza dimuat naik oleh Ruhainies beberapa minit kemudian, dia mengkritik semua pihak yang menularkan video itu kerana menimbulkan fitnah.

Tak sampai 15 minit video tu dah viral. Ia menunjukkan betapa teruknya mentaliti kita. Fikiran korang penuh dengan perkara negatif.

Mudahnya manusia dapat dosa kering

Jelas Ruhainies, video tersebut dirakam ketika penggambaran dan mereka berdua bersama semua kru produksi sedang berdoa sebelum mula bekerja.

Dunia ini dah terlalu tenat dan penuh dengan fitnah. Kru di mana mana, ada walkie talkie. Dan semua tahu kami masih dalam penggambaran drama. Dengan mudahnya manusia sekarang dapat dosa kering.

Dalam pada itu, Ruhainies turut mengambil kesempatan untuk menasihati masyarakat agar menjaga lisan terutamanya pada hari Jumaat dan di bulan Ramadan.

Sumber Artikel Beautifulnara

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top