E-TUNAI BELIA RAHMAH DAH BOLEH DITEBUS

E-tunai Belia Rahmah sudah boleh di mohon dan di tebus melalui aplikasi e-dompet yang ditetapkan hari ini bersamaan dengan 26 Jun 2023.

E-Tunai Belia Rahmah atau diumumkan singkatan sebagai eBeliaRahmah merupakan sebahagian bantuan kerajaan untuk rakyat Malaysia yang berumur 18 sehingga 20 tahun.

Kerajaan telah memperuntukkan RM400 juta bagi program eBeliaRahmah di bawah Belanjawan 2023 yang akan memanfaatkan seramai 2 juta belia yang layak.

Tujuan utama bantuan ini ialah untuk terus memupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia, ini juga sedikit sebanyak meringankan beban kewangan mereka. Tambahan lagi, ini juga merupakan peningkatan tawaran kredit e-tunai kepada RM200 berbanding RM150 tahun lalu.

E-TUNAI BELIA RAHMAH (EBELIARAHMAH)

Berdasarkan keprihatinan kerajaan sedia ada terhadap belia di seluruh negara, program e-Tunai bagi tahun 2023 akan diteruskan.

Bagi memupuk pembayaran tanpa tunai, inisiatif ini akan memanfaatkan 2 juta belia.

E-Tunai ini boleh digunakan untuk membuat pembelian di kedai yang mengambil bahagian dalam program ini, termasuk kedai dalam talian dan kedai fizikal.

Pada masa yang sama, penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian akan turut menawarkan insentif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun atau mata ganjaran (rewards points)

TEMPOH MENDAFTAR ATAU MEMOHON

Tempoh pendaftaran dan tuntutan eBeliaRahmah adalah mulai 8.00 pagi pada 26 Jun 2023 sehingga 22 Ogos 2023, manakala kredit eBeliaRahmah serta manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat boleh dibelanjakan secara ‘offline’ sehingga 31 Ogos 2023.

E-TUNAI BELIA RAHMAH atau EBELIARAHMAH
E-TUNAI BELIA RAHMAH DAH BOLEH DITEBUS
Screenshot penerima

CARA MEMOHON

  • Permohonan boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
    1. Penebusan kredit eBeliaRahmah boleh dibuat dengan memuat turun salah satu platform e-dompet berikut dari Apple Store, Google Playstore atau Huawei AppGallery :
      a. Boost
      b. Setel
      c. Touch ‘n Go eWallet
    2. Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-dompet tersebut. Penyedia perkhidmatan e-dompet akan membuat verifikasi identiti secara electronic Know-Your-Customer (eKYC)
    3. Isi maklumat yang diperlukan pada paparan penebusan eBeliaRahmah dan tekan “Hantar” di aplikasi e-dompet yang telah dimuat turun
    4. Status tuntutan akan dimaklumkan dalam masa 3 hari
  • Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit eBeliaRahmah sekali daripada 1 penyedia perkhidmatan e-dompet sahaja. Sila rujuk aplikasi e-dompet masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan kredit eBeliaRahmah

Kelayakan

  • Syarat kelayakan:
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2023 (lahir pada tahun 2003 sehingga 2005);
      ATAU
    • Merupakan pelajar aktif sepenuh masa sebelum 30 April 2023, tanpa had umur di peringkat setara diploma atau SKM4 dan ke atas di Institusi Pengajian Tinggi (“IPT”) berdaftar dengan salah satu kementerian berikut (yang dirujuk sebagai Kementerian Pengawal):
      • Kementerian Pendidikan Tinggi;
      • Kementerian Pendidikan;
      • Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan;
      • Kementerian Pertahanan;
      • Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah;
      • Kementerian Belia dan Sukan;
      • Kementerian Sumber Manusia;
      • Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya; dan
      • Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
    • Data pemohon akan disemak silang dengan institusi pendidikan yang berdaftar dan pangkalan data Kerajaan yang berkenaan

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim eBeliaRahmah

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top