PEMBAYARAN STR FASA 3 TELAH MULA DIKREDITKAN

Pembayaran STR Fasa 3 telah mula dikreditkan, ini membabitkam peruntukan berjumlah lebih RM2 bilion kepada lebih 8 juta penerima yang akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Disember lalu, Bantuan Tunai Rakyat (BTR) telah diperkenalkan dan akan dilaksanakan pada Januari ini. Namun, bantuan ini telah ditukar dan dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perubahan ini selaras dengan langkah Kerajaan Perpaduan yang memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada inisiatif-inisiatif kepada golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

PEMBAYARAN STR FASA 3 TELAH MULA DIKREDITKAN

Jika dilihat menerusi perkongsian di media sosial seperti Facebook, segelintir penerima yang layak meluahkan rasa gembira berikutan bayaran STR Fasa 3 telah dikreditkan ke akaun mereka.

Untuk makluman, penerima yang tidak menerima pada bayaran fasa 1 dan 2, bayaran telah dikreditkan serentak dengan fasa ketiga ini dan terima bayaran berjumlah RM900.

Pembayaran STR Fasa 3 telah mula dikreditkan

TARIKH RASMI PEMBAYARAN STR FASA 3

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN

Bagi anda yang tidak tahu bagaimana cara untuk membuat semakan, berikut adalah cara untuk membuat semakan :

  • Klik Log Masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  • Maklumat yang akan dipaparkan
    • Nama Pemohon
    • No Mykad Pemohon
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran Fasa 1 (jika layak bayaran fasa 1)

Kata Laluan MySTR adalah berdasarkan maklumat pada MyBKM 2022. 

SYARAT KELAYAKAN STR 2023

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah diumumkan :

  • i: Isi Rumah
    • a) Kahwin; atau
    • b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • ii. Warga Emas Tiada Pasangan
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • iii. Bujang
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

JUMLAH BAYARAN STR FASA 3

Berikut adalah kadar bayaran STR Fasa 3 bagi penerima yang layak. Sila rujuk jadual di bawah :

MAKLUMAT LANJUT

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top