TARIKH PEMBAYARAN E-TUNAI BELIA RAHMAH & CARA TEBUS

Tarikh pembayaran E-Tunai Belia Rahmah dan cara tebus dikongsikan di halaman ini. Ramai belia yang menunggu pembayaran dilakukan oleh pihak kerajaan.

E-tunai Belia Rahmah adalah inisiatif berjumlah RM200 di bawah Kementerian Kewangan yang tujuannya adalah untuk meringankan bebanan kewangan dan juga membudayakan pembayaran tanpa tunai dalam golongan belia Malaysia.

Bantuan E-tunai Belia Rahmah ini menyasarkan kepada golongan belia yang berumur 18-20 tahun ataupun penuntut Institusi Pengajaran Tinggi (IPT) yang berkelayakan untuk bantuan ini.

Berikut adalah huraian lanjut tentang Bantuan E-Tunai Belia Rahmah.

TARIKH PEMBAYARAN UNTUK BANTUAN E-TUNAI BELIA RAHMAH

Pendaftaran dan tuntutan E-Belia adalah bermula:

  • 26 JUN 2023 sehingga 22 OGOS 2023

Kredit E-Belia Rahmah beserta manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat boleh dibelanjakan secara ‘offline’ hingga:

  •  31 OGOS 2023

JUMLAH BANTUAN UNTUK E-TUNAI BELIA RAHMAH

Jumlah bantuan E-Tunai Belia Rahmah adalah:

  • RM200

PERMOHONAN BANTUAN E-BELIA RAHMAH

Permohonan boleh dilakukan dengan mengikuti langkah-langkah yang tertera berikut:

  • Penebusan kredit eBeliaRahmah boleh dilakukan dengan memuat turun salah satu platform e-dompet yang berikut daripada Apple Store, Google Playstore, ataupun Huawei AppGallery :
    • Boost
    • Setel
    • Touch ‘n Go eWallet
  • Untuk pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-dompet tersebut. Penyedia perkhidmatan e-dompet akan melakukan verifikasi identiti secara electronic Know-Your-Customer (eKYC)
  • Isi maklumat yang diperlukan pada paparan penebusan eBeliaRahmah dan tekan “Hantar” di aplikasi e-dompet yang telah dimuat turun
  • Status tuntutan akan dimaklumkan dalam masa 3 hari

Penerima yang berkelayakan hanya boleh menuntut kredit eBeliaRahmah sekali daripada 1 penyedia perkhidmatan e-dompet sahaja. Sila rujuk kepada aplikasi e-dompet masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan kredit eBeliaRahmah

TARIKH PEMBAYARAN E-TUNAI BELIA RAHMAH & CARA TEBUS

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN E-BELIA RAHMAH

Berikut merupakan syarat kelayakan Bantuan E-Belia Rahmah:

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2023 (Lahir pada tahun 2003 sehingga 2005); ATAU
  • Merupakan pelajar aktif sepenuh masa sebelum 30 April 2023, tanpa had umur di peringkat setara diploma ataupun SKM4 dan ke atas di Institusi Pengajian Tinggi (“IPT”) berdaftar dengan salah satu kementerian yang berikut (yang dirujuk sebagai Kementerian Pengawal):
  • Kementerian Pendidikan Tinggi;
  • Kementerian Pendidikan;
  • Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan;
  • Kementerian Pertahanan;
  • Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah;
  • Kementerian Belia dan Sukan;
  • Kementerian Sumber Manusia;
  • Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya; dan
  • Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
  • Data pemohon akan disemak silang dengan institusi pendidikan yang berdaftar dan pangkalan data Kerajaan yang berkenaan

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai E-Belia Rahmah, sila layari laman sesawang Bajet Menteri Kewangan di pautan berikut:

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

3 thoughts on “TARIKH PEMBAYARAN E-TUNAI BELIA RAHMAH & CARA TEBUS”

  1. Shamsudin ariffin

    Sy pesakit stroke umur 59 tahun dah 6bulan takde kerja .sy perlukan bantuan atau pinjaman segra nak byr sewa rumah yg tertunggak 6bulan rm3000.bulan 3.2024 umur sy 60 dpt kwsp sy byr balik.sy nak operet mata 11.7.2023 ni.kanta pun rm550 dpt bantuan zakat negeri kedah..bolih hubungi sy 0134909845

Comments are closed.

Scroll to Top