E-TUNAI BELIA RAHMAH DIBAYAR SEBELUM MINGGU KETIGA BULAN JUN

E-Tunai Belia Rahmah dibayar sebelum minggu ketiga bulan Jun ini – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembayaran tersebut melibatkan peruntukan melebihi RM2 bilion yang memanfaatkan lapan juta penerima di seluruh negara.

“Bayaran e-Tunai Belia Rahmah RM 200 dalam kepada belia (berusia) 18 sehingga 21 tahun akan disalurkan sebelum minggu ketiga bulan ini,” kata beliau pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat semalam (13 Jun 2023).

Beliau juga memperincikan RM158 bilion tersebut meliputi RM3 bilion bagi bayaran fasa pertama dan kedua STR yang memanfaatkan 8.7 juta penerima; Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam dan lebih 1 juta pesara dan RM3 bilion bagi subsidi bil elektrik.

E-TUNAI BELIA RAHMAH

E-tunai Belia Rahmah merupakan satu inisiatif di bawah Kementerian Kewangan bertujuan untuk meringankan beban kewangan serta membudayakan pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia.

Bantuan ini menyasarkan golongan belia berumur 18-20 tahun atau penuntut Institusi Pengajaran Tinggi (IPT) yang berkelayakan*.

Bantuan E-tunai Belia Rahmah sebanyak RM200 boleh ditebus pada minggu ketiga Jun 2023.

JUMLAH BAYARAN

Program ini bakal memanfaatkan kepada 2 juta orang belia Malaysia. Setiap belia yang layak akan menerima bayaran berjumlah :

  • RM200

TARIKH BAYARAN DISALURKAN

Pembayaran akan bermula sebelum minggu ketiga bulan JUN seperti yang dikatakan oleh Perdana Menteri. Anggaran tarikh bermula pada 14 – 16 Jun 2023

Berikut adalah jadual dan tarikh bayaran e-Tunai mengikut hari bekerja dan tidak termasuk hari pelesan am atau cuti umum bagi bulan Jun 2023:

E-TUNAI BELIA RAHMAH DIBAYAR SEBELUM MINGGU KETIGA BULAN JUN

SYARAT KELAYAKAN

Berikur adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan :

  • Bantuan ini diberikan kepada golongan belia sahaja
  • Warganegara Malaysia

Namun pada 7 April lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anuar Ibrahim memberitahu bahawa bantuan ini akan diperluas kepada semua pelajar di universiti tanpa mengira usia pada program Sesi Dialog Bersama Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Sila Klik Pautan  Dialog PM Bersama Mahasiswa UiTM untuk maklumat penuh.

CARA TEBUS E-TUNAI

Seperti tahun sebelum ini kepada golongan belia yang menepati syarat kelayakan boleh menebus bantuan ini di platform e-dagang pilihan masing-masing seperti :

  • Grabpay 
  • Shopeepay, 
  • Touch n Go ewallet dan 
  • Bigpay. 

Penebusan bantuan e-Tunai Rahmah RM200 ini hanya dibenarkan tebus sekali sahaja.

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada bantuan e-dompet ini, terdapat pelbagai jenis bantuan yang telah dilaksanakan pada tahun ini. Sila layari laman rasmi Bajet 2023 – DI SINI

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

3 thoughts on “E-TUNAI BELIA RAHMAH DIBAYAR SEBELUM MINGGU KETIGA BULAN JUN”

Comments are closed.

Scroll to Top