e-Tunai Belia Rahmah RM200 #Belanjawan2023

e-Tunai Belia Rahmah RM200 akan diberikan kepada belia berumur 18 tahun hingga 20 tahun, berita ini dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Belanjawan MADANI.

Kerajaan akan menawarkan kredit e-Tunai Belia Rahmah berjumlah RM200 dengan peruntukan RM400 juta.

e-Tunai Belia Rahmah

Bantuan e-Tunai Belia Rahmah, merupakan satu bantuan khas yang diberikan kepada belia di Malaysia. Kerajaan akan menawarkan kredit e-Tunai Belia Rahmah kepada golongan belia.

Inisiatif e-Tunai ini selain membantu meringankan beban kos sara hidup belia, pemberian ini juga akan menggalakkan penggunaan e-Tunai untuk menjalankan transaksi pembelian.

Ini adalah salah satu inisiatif yang diumumkan oleh kerajaan yang diumumkan dalam Belanjawan 2023 yang melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM388.1 bilion.

e-tunai belia rahmah

Penerima Bantuan e-Tunai Belia

Penerima bantuan e-tunai belia rahmah ini semestinya terdiri daripada golongan belia, namun begitu, penerima bantuan ini hanya terdiri daripada dua kategori sahaja iaitu:

  1. Belia berusia 18-20 tahun dan;
  2. Individu berusia 21 tahun dan ke atas yang masih menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)

Kadar Bantuan e-Tunai

Melalui bajet 2023 ini, kerajaan Malaysia Madani telah memperuntukkan dana bagi membantu golongan belia mengikut kategori dengan melaksanakan bantuan e-tunai belia rahmah ini.

Bantuan e-Tunai ini juga telah dinaikkan jumlahnya iaitu daripada RM150 kepada RM200 pada tahun 2023.

Untuk membuat pendaftaran bagi mendapatkan e-Tunai ini, pihak Kementerian Kewangan akan memaklumkan langkah-langkah untuk mendaftar dalam masa terdekat.

Tarikh Permohonan

Untuk permohonan bantuan ini, kerajaan akan umumkan dari semasa ke semasa. Namun, pada tahun lepas permohonan boleh dibuat pada April sehingga Jun, kemungkinan permohonan e-Tunai ini juga akan dibuka sekitar tarikh tersebut.

Walau bagaimanapun, pihak Kementerian Kewangan akan memaklumkan langkah-langkah untuk mendaftar dalam masa terdekat.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai inisiatif lain di dalam Belanjawan 2023, layari laman web Kementerian Kewangan di pautan https://www.mof.gov.my/.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top