Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 RM700

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM700 akan dikreditkan pada April ini kepada penjawat awam, penjawat awam lantikan kontrak dan RM350 kepada pesara kerajaan.

Berita ini dikemaskini setelah INTIPATI Belanjawan 2023 dibentangkan semalam (Jumaat 23hb Februari 2023) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Belanjawan 2023 bertemakan ‘Membangun Malaysia MADANI’ membabitkan peruntukan RM388.1 bilion dengan RM289.1 bilion untuk belanja mengurus, RM99 bilion bagi belanja pembangunan dan termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.

Bantuan khas kewangan aidilfitri 2023
Sumber imej Berita Harian

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023

Kerajaan bersetuju beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM700 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah, termasuk lantikan kontrak. RM350 kepada pesara kerajaan. Bayaran akan dibuat pada April ini.

Belanjawan 2023 dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan di Parlimen mengumumkan berita ini.

Belanjawan 2023 pada asalnya dibentangkan oleh kerajaan terdahulu pada Oktober tahun lalu namun tidak sempat diluluskan setelah Parlimen dibubarkan, oleh sebab itu ada terdapat perubahan dari jumlah bantuan tunai tersebut.

“Dalam kita melangkah ke bulan Ramadan serta bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam, kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri. Insya-Allah, bayaran akan dibuat pada bulan April 2023,” katanya.

Tarikh Bayaran

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 akan dibayar kepada penjawat awam Gred 56 dan ke bawah pada bulan APRIL 2023

Jumlah Bayaran

Penjawat awam – Gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan di bawah skim kontrak : RM700

Pesara Kerajaan : RM350

Sumber: Bharian

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top