Bantuan Khas Aidilfitri 2023 RM600 Dikreditkan Mac Ini

Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM600 akan dikreditkan pada Mac ini kepada penjawat awam yang layak menerima.

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri dinaikkan kepada RM600 bagi tahun 2023 berbanding RM500 pada tahun 2022, yang dahulunya dinamakan sebagai Bonus Raya Penjawat Awam.

Bantuan Khas Aidilfitri 2023 Penjawat Awam RM600

Bantuan Khas Aidilfitri 2023 akan dibayar kepada penjawat awam yang layak pada Mac tahun ini (2023), bersama dengan Kenaikan Gaji Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 yang berkuat kuasa Januari 2023.

Bantuan ini khusus untuk penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk kakitangan kontrak, pegawai sambilan harian serta lantikan di bawah MySTEP.

Bantuan Khas Aidilfitri 2023

Bagi tahun 2023 bantuan khas ini akan dinaikkan kepada RM600 berbanding RM500 pada tahun 2022.

Pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi tempoh yang penuh cabaran.

Bantuan khas ini adalah bantuan hari Raya bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam perkhidmatan mereka kepada Keluarga Malaysia.

Pengumuman pemberian Bantuan Khas Aidilfitri adalah salah satu langkah keprihatinan Kerajaan dalam membantu mereka membuat perancangan awal dan persiapan bagi menyambut Hari Raya.

Untuk membaca pengumuman Menteri Kewangan 2022 boleh diakses menerusi sumber sidang Bajet 2023 pada Oktober 2022 yang telah dimuatnak di laman akbar MOF

Tarikh Bayaran

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 akan dibayar kepada penjawat awam yang layak pada bulan Mac 2023, bersama dengan Kenaikan Gaji Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 yang berkuat kuasa Januari 2023.

Jumlah Bayaran

Penjawat awam – Gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan di bawah skim Contract of Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MyStep : RM600

Untuk makluman, setiap informasi terbaru tentang bantuan khas Aidilfitri ini akan dikemaskini dan dikongsikan sekiranya kerajaan mengumumkan kemaskini yang terbaru.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top