Pengeluaran KWSP Bersasar Dengan Bersyarat. Berita Terkini

Pengeluaran KWSP Bersasar dengan bersyarat. – Kerajaan perlu membenarkan pengeluaran Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) secara bersasar dengan syarat-syarat tertentu.

Menurut sumber Malaysia Gazette, bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, pengeluaran secara bersasar hanya melibatkan jumlah yang kecil.

Pengeluaran KWSP – Ucapan DS Ismail Sabri

“Sebelum ini, Kerajaan telah membenarkan empat pengeluaran KWSP iaitu i-Lestari, i-Sinar, i-Citra dan Pengeluaran Khas KWSP berjumlah RM145 bilion, melibatkan 8.1 juta pencarum sejak pandemik Covid-19 melanda negara.

“Saya berharap KWSP tidak terlalu mementingkan pelaburan untuk mendapatkan pulangan yang besar semata-mata, sedangkan pencarum pada hari ini hidup merana,” katanya ketika membahaskan Titah Diraja pada persidangan Dewan Rakyat.

Baru-baru ini, Pertubuhan Warisan Rakyat Prihatin Malaysia (PWRN) telah bertemu saya. Ada di antaranya telah muflis kerana tidak mampu untuk membayar hutang,” tambah Ismail.

Rakyat masih menaruh harapan tinggi agar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertimbangkan pengeluaran simpanan untuk hari tua itu dalam Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan.

Ucapan Timbalan Menteri Perdagangan

Manakala menurut sumber Sinar Harian, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh menjelaskan, sudah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan rakyat mempunyai simpanan mencukupi selepas umur persaraan.

“Sebab itu PM (Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim) cakap kerajaan akan cuba cari jalan dan bertanggungjawab, kita fikir pasal rakyat (di masa hadapan), bukan tidak bagi ambil wang mereka.

“Macam ini, ‘you have to be cruel to be kind’ (perlu jadi kejam untuk kebaikan) seperti seorang ibu nak bagi anak makan ubat, tetapi anak menangis dan ibu rasa bersalah, namun kena ingat ini adalah ubat yang harus diberikan juga.

“Sebab itu saya cakap, susah untuk kerajaan jika benarkan (pengeluaran KWSP) kerana kita tahu mereka tiada lagi simpanan (masa depan). Apa akan jadi selepas mereka bersara kelak, sebab tiada (wang) pencen, tiada simpanan. Inilah tanggungjawab sosial kerajaan untuk memastikan rakyat ada perlindungan itu,” katanya.

“Saya faham keadaan ini tetapi sebagai pemimpin kerajaan pada hari ini, kita bertanggungjawab untuk memastkan simpanan masa tua mereka tidak diusik. Tanggungjawab kita cari jalan lain untuk bantu dan saya akui tidak mudah. Harapan kita kalau boleh diadakan lebih banyak sesi libat urus bagi selesaikan masalah ini.

“Kita cuba sedaya upaya dari segi (memperkenalkan) Menu Rahmah, ada Pakej Rahmah iaitu barangan satu set item yang berharga RM70 tetapi dijual RM50 dan sebagainya,” ujarnya.

Pada 4 Februari lalu, Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat (PGIR) dalam kenyataan meminta kerajaan meluluskan pengeluaran KWSP 2.0 bersasar kepada tiga juta pencarum yang benar-benar terkesan.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan sedang mencari alternatif untuk membantu rakyat tanpa perlu membenarkan pengeluaran KWSP.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top