E-Tunai Rahmah Bantuan e-Dompet RM200 Untuk B40 & M40

E-Tunai Rahmah atau e-Tunai belia Rahmah adalah program bantuan kredit digital dan satu inisiatif yang kerajaan Malaysia dalam membantu golongan belia dimana setiap kelayakan akan menerima bayaran berjumlah RM200.

Ianya bertujuan bagi meringankan beban kewangan golongan belia serta menggalakkan golongan ini membuat transaksi tanpa tunai.

Bantuan ini adalah sama dengan bantuan yang dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu seperti e-Belia (2021) dan e-Pemula (2022).

E-Tunai belia Rahmah RM200

E-Tunai Rahmah / e-Tunai Belia Rahmah

Kerajaan pada pembentangan Bajet 2023 telah mengumumkan pemberian kredit percuma untuk golongan belia yang berumur 18 hingga 20 tahun layak untuk mendapat kredit e-dompet berjumlah RM200.

Maklumat lebih lanjut berkaitan kredit e-tunai belia rahmah berjumlah RM200 kepada belia berusia 18 sehingga 20 tahun seperti syarat kelayakan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Syarat & Cara Memohon e-Tunai Belia Rahmah 2023

Syarat-syarat kelayakan serta cara permohonan belum diumumkan secara rasmi dan akan dikemaskini dalam masa terdekat melalui Portal Belanjawan 2023 (Budget.mof.gov.my)

Namun, jika ianya akan merujuk kepada bantuan ePemula 2022 sebelum ini, berikut adalah syarat kelayakannya :

  • Bantuan ini diberikan kepada golongan belia berumur 18 hingga 20 tahun.
  • Menuntut di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA).
  • Menuntut di Insititusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS).

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan info terkini, sila rujuk laman web rasmi Portal Belanjawan 2023 Malaysia Madani : https://budget.mof.gov.my/manfaat/rakyat-kewangan.html

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

22 thoughts on “E-Tunai Rahmah Bantuan e-Dompet RM200 Untuk B40 & M40”

Comments are closed.

Scroll to Top