E-Wallet BINGKAS RM300 Sebulan Untuk Golongan B40

E-Wallet BINGKAS ataupun Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor diperkenalkan dalam Belanjawan yang dibentangkan pada 26 November 2021 oleh Kerajaan Negeri Selangor.

BINGKAS akan menyalurkan RM300 setiap bulan kepada 30,000 keluarga penduduk Selangor dan bertujuan menyemarakkan kecekalan keluarga supaya kurang terdedah kepada cabaran ekonomi.

“Program BINGKAS akan diteruskan pada tahun 2023 dengan peruntukan tahunan sebanyak RM108 juta untuk diagihkan kepada 30 ribu keluarga yang layak.” Kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, ketika membentangkan belanjawan selangor 2023.

BANTUAN KEHIDUPAN SEJAHTERA (BINGKAS)

Tujuan utama program ini adalah untuk mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang tidak jemu dalam menguruskan hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak, serta menangani wabak tersebut.

Menteri besar Selangor Y.A.B Dato’ Seri Amirudin Bin Shari berkata program ini dapat menambahbaikkan Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan Program Kasih Ibu Smart Selangor Ibu Tunggal (KISS IT) bertujuan untuk dirasai bukan sahaja golongan ibu malah seluruh isi keluarga.

Setiap bulan seramai 30,000 keluarga yang menerima sebanyak RM300 untuk menampung pembelian barang keperluan asas serta peralatan pendidikan.

MANFAAT BINGKAS

Penerima yang layak, mereka akan menerima manfaat sepeti berikut :

  • Had pembelian RM300
  • Baki tidak dibawa ke bulan seterusnya. Tambah nilai secara automatik pada setiap bulan.
  • Boleh membeli barang keperluan asas dan perihal pendidikan (keperluan sekolah seperti buku).
E-wallet bingkas

SYARAT PERMOHONAN 

Untuk mengetahui lebih tentang syarat permohonan program ini. Sila semak pautan ini BINGKAS

Program ini dibuka untuk :

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
  3. Pemilih berdaftar di Selangor 
  4. Tanggungan berumur 18 tahun ke bawah.
  5. Pendapatan isi rumah dibawah RM3000/Sebulan

CARA MEMOHON 

Bagi mereka yang memenuhi syarat kelayakan, permohonan bingkas boleh dilakukan secara online di sistem pendaftaran BINGKAS.

Pemohon juga perlu turut melampirkan dokumen sokongan berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan)
  • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan)
  • Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)
  • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
  • Pengesahan Penyata pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja)
  • Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal)
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja)

Untuk memohon bantuan ini, anda perlu :

  • Perlu memuat naik applikasi SELangkah dan WavPay E-Wallet di telefon pintar anda untuk proses pembayaran manfaat.
  • Untuk maklumat lanjut, Sila layari laman sesawang BINGKAS untuk mengemaskini nombor telefon anda dan membuat permohonan.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Pusat Khidmat Rakyat DUN Taman Medan di talian 03-7772 9121 atau melalui Whatsapp di 011-23380075.

Atau anda boleh rujuk portal rasmi di laman web rasmi berikut https://bingkasselangor.com/ .

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top