KWSP : Semak Penyata & Baki Terkini Menerusi i-Akaun

KWSP atau Kumpulan Wang Simpanan Nasional mempunyai sistem i-Akaun untuk memudahkan pencarum. Orang ramai yang ingin membuat semakan penyata atau menyemak baki terkini boleh membuat demikian dengan hanya mendaftar di dalam sistem KWSP menerusi i-Akaun.

Sebagai pencarum KWSP, anda tentu sedia maklum tentang sistem i-Akaun yang diguna pakai secara meluas sama ada untuk pekerja mahu pun majikan.

i-Akaun membolehkan pencarum menyemak penyata dan baki KWSP terkini di dalam akaun 1 dan 2.

Selain itu, melalui sistem semakan penyata KWSP tersebut juga, pencarum boleh memohon pengeluaran KWSP melalui e-Pengeluaran.

Pengeluaran KWSP

Selain menyemak penyata KWSP sistem i-Akaun juga memudahkan pencarum memohon pengeluaran KWSP seperti untuk tujuan pendidikan atau mengerjakan haji.

Terdapat 17 jenis pengeluaran KWSP yang perlu anda tahu. Antaranya:

Pengeluaran sebahagian:

  1. Pengeluaran dari Akaun 2 ketika umur 50 tahun.
  2. Pengeluaran dari Akaun 2 untuk pembiayaan pendidikan sendiri atau anak-anak.
  3. Pengeluaran dari Akaun 2 untuk membeli rumah.
  4. Pengeluaran dari Akaun 2 untuk membina rumah.
  5. Pengeluaran dari Akaun 2 untuk mengurang/menyelesaikan baki pinjaman perumahan.
  6. Pengeluaran dari Akaun 2 untuk membayar ansuran pinjaman perumahan.
  7. Menggunakan simpanan KWSP sedia ada dan masa depan untuk meningkatkan had kelayakan pinjaman.
  8. Pengeluaran dari Akaun 2 untuk membeli rumah PR1MA.
  9. Pengeluaran dari Akaun 2 untuk mengerjakan ibadah Haji.
  10. Pengeluaran dari Akaun 2 untuk menampung perbelanjaan perubatan dan/atau peralatan perubatan.
  11. Pengeluaran simpanan yang berlebihan RM1 juta.

Pendaftaran i-Akaun

Antara perkhidmatan yang disediakan melalui i-Akaun termasuklah:

  • Memohon e-Pengeluaran
  • Menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya
  • Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran
  • Menyemak maklumat penamaan
  • Mengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan
  • Mengemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat
  • Menyemak transaksi caruman KWSP terkini
  • Menyemak log aktiviti i-Akaun

Untuk mendaftar i-Akaun, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login.
  2. Klik butang ‘Register Now.’
  3. Isi semua maklumat yang diperlukan dan klik ‘Submit.’
  4. Jika login kali pertama, masukkan no kwsp bagi user ID dan klik butang ‘Next.’
  5. Masukkan kata laluan.
  6. Login berjaya.

Terlupa Kata Laluan

Untuk anda yang terlupa kata laluan, sila ikuti langkah mudah di bawah:

  1. Layari laman web https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login.
  2. Klik ‘Forgot User ID/Password?’
  3. Masukkan maklumat yang diperlukan.
  4. Klik ‘Next’ dan ikuti langkah-langkah seterusnya.

Terlupa Kata Laluan

Untuk anda yang terlupa kata laluan, sila ikuti langkah mudah di bawah:

  1. Layari laman web https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login.
  2. Klik ‘Forgot User ID/Password?’
  3. Masukkan maklumat yang diperlukan.
  4. Klik ‘Next’ dan ikuti langkah-langkah seterusnya.

Semakan Penyata KWSP Online

Untuk menyemak penyata dan baki KWSP anda, anda boleh melakukannya dengan login i-Akaun.

Selepas berjaya login, sila cipta kata laluan dan pilih imej online.

Kemudian jangan lupa untuk pilih Frasa Rahsia.

Untuk semak penyata KWSP, sila login semula ke sistem i-Akaun dan terus klik pada “Penyata Tahunan Semasa / Tahun Sebelumnya”

Penyata semasa KWSP anda akan dipaparkan seperti berikut:

KWSP

Anda boleh pilih untuk cetak penyata tersebut sebagai rujukan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top