E-Wallet Percuma RM100 Dan RM200 Untuk Rakyat Malaysia

Berita baik untuk rakyat Malaysia, kredit e-Wallet percuma bakal dikreditkan. Inisiatif e-Pemula buat belia pada tahun hadapan akan diteruskan seperti sedia ada. Maklumat ini telah pun diumumkan ketika pembentangan Bajet 2023 baru-baru ini.

Menariknya e-Pemula pada tahun hadapan, ianya menawarkan tambahan pada kadar bantuan iaitu sebanyak RM200 berbanding dengan sebelum ini hanya RM150 sahaja.

Tambahan lagi, pelaksanaan e-Pemula ini telah diperluas agihannya dimana belia (golongan M40) pun turut akan menerima manfaatnya dimana bantuan e-wallet sebanyak RM100 akan dikreditkan.

E-PEMULA 2023

Atas dasar keprihatinan kerajaan sedia ada terhadap belia di seluruh negara, program e-Pemula bagi tahun 2023 diteruskan lagi.

Bagi membudayakan pembayaran tanpa tunai atau cashless, inisiatif ini akan memanfaatkan seramai 2 juta belia dan 8 juta kumpulan M40.

Untuk makluman anda, kadar bayaran e-Pemula ke dalam e-wallet pada tahun hadapan akan dinaikkan berbanding kadar sebelumnya.

KADAR BANTUAN BAHARU E-PEMULA 2023

Bagi membudayakan pembayaran tanpa tunai atau cashless, inisiatif e-Pemula akan dilaksanakan iaitu tawaran kredit e-dompet kepada 2 golongan dimana, setiap golongan akan menerima bantuan pada kadar berikut :

  • e-Pemula Bujang : RM200
  • e-Pemula M40 : RM100

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN E-PEMULA 2023

Berikut adalah syarat kelayakan bagi 2 golongan yang akan terima inisiatif e-Pemula 2023 :

e-Pemula Belia

  • Belia berumur 18 hingga 20 tahun; dan
  • Pelajar sepenuh masa 21 tahun ke atas

e-Pemula M40

  • Kumpulan M40 berpendapatan tahunan di bawah RM100,000

Pihak kami akan kemas kini maklumat lanjut mengenai inisiatif e-Pemula bantuan kredit e-dompet ini sekiranya ada makluman terbaru mengenainya.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top