Pasti masih ramai warganet yang belum ketahui tentang sistem perkhidmatan e-Reporting PDRM yang telah dilaksanakan oleh PDRM.
Pihak Mynewskini berkongsi maklumat dan informasi berkaitan dengan perkhidmatan online ini.
Apakah Sistem e-Reporting PDRM?
Sistem e-Reporting PDRM adalah satu perkhidmatan yang disediakan oleh PDRM untuk membolehkan orang awam untuk membuat laporan polis secara online, yang tidak melibatkan kes-kes jenayah atau/dan yang tidak memerlukan siasatan lanjut oleh pihak polis.
Sistem e-Reporting adalah terhad kepada Warga Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas dan hendaklah mendaftar dalam sistem ini serta boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang mempunyai capaian talian internet.
Masyarakat digalakkan untuk memanfaatkan inisiatif Portal e-Reporting yang telah disediakan oleh pihak PDRM bagi memudahkan pengadu membuat laporan yang tidak berkaitan dengan kesalahan jenayah tanpa perlu hadir ke Balai Polis.
Sistem e-Reporting telah dirasmikan oleh YDH IG Tan Sri Dato’ Sri Khalid Bin Abu Bakar Ketua Polis Negara sempena Majlis Penutupan Projek Rintis Balai Polis Moden Fasa I bertempat di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail pada 10 Mac 2017.
Jenis Aduan
Kemudahan ini disediakan khas untuk membuat laporan polis bagi kes kehilangan dokumen atau barang-barang yang tidak berkait dengan kesalahan jenayah atau tidak memerlukan siasatan lanjut polis.

Sebanyak 8 jenis laporan polis yang disenaraikan berikut boleh dilaporkan melalui Sistem eReporting PDRM:
- Hilang/Tercicir Kad Pengenalan.
- Hilang/Tercicir Lesen Memandu.
- Hilang/Tercicir Kad Kredit/ATM.
- Hilang Telefon Bimbit.
- Hilang Komputer Riba (Laptop).
- Hilang Cukai Jalan.
- Pembantu Rumah Lari – Tujuan permohonan pembatalan permit pembantu rumah sahaja.
- Kehilangan, kerosakan peralatan atau dokumen akibat bencana alam.

PERINGATAN
- Seksyen 182, Kanun Keseksaan (Akta 574). Memberi maklumat palsu.
Membawa hukuman maksimum 6 bulan penjara, atau denda yang boleh sampai dua ribu ringgit (RM2,000.00), atau kedua-duanya sekali. - Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Menggunakan kemudahan rangkaian untuk menghantar apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang palsu.
Membawa hukuman maksimum 1 tahun penjara, atau denda yang boleh sampai lima puluh ribu ringgit (RM50,000.00), atau kedua-duanya sekali dan boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas disabitkan kesalahan.
Cara Membuat Repot Polis Online Melalui Sistem e-Reporting PDRM
Langkah-langkah membuat repot polis adalah seperti berikut:
- Layari sistem e-reporting (https://ereporting.rmp.gov.my/)
- Daftar dan log masuk sistem e-reporting
- Semak butiran pengadu
- Masukkan butiran kejadian
- Masukkan keterangan kejadian
- Hantar butiran repot ke e-reporting PDRM
- Anda boleh cetak dan menerima salinan repot melalui emel
- Bawa laporan polis ke agensi berkaitan

Maklumat Lanjut
Jika terdapat sebarang masalah semasa menggunakan e-Reporting PDRM, sila emel kepada pihak Helpdesk IT PDRM : [email protected]
Laman web: https://ereporting.rmp.gov.my/