BANTUAN MUSIM TENGKUJUH: RM300 Akan Dikreditkan Disember Ini

Bantuan Musim Tengkujuh fasa 2 sebanyak RM300 yang akan diberikan pada bulan Disember ini.

Sekiranya individu tersebut adalah layak, mereka akan menerima bayaran sebanyak RM300 melalui program Bantuan Musim Tengkujuh (BMT).

BANTUAN MUSIM TENGKUJUH

Setakat hari ini, seramai 16,889 orang penerima telah dikreditkan bayaran BMT bagi fasa pertama sebanyak RM300 setiap orang.

Bayaran BMT terpaksa diawalkan sebagai persediaan bakal penerima yang terlibat bagi menghadapi Monsun Timur Laut pertengahan November lalu.

JUMLAH BAYARAN BMT FASA 2

Setiap pekebun yang layak, pihak RISDA akan memberikan bayaran bantuan berjumlah RM600.Walaubagaimanapun, pembayaran akan dibayar melalui dua peringkat iaitu :

PERINGKAT 1 : NOVEMBER(RM300)

PERINGKAT 2 : DISEMBER (RM300)

Bantuan Musim Tengkujuh

SEMAKAN PERMOHONAN BMT

Kepada pemohon yang sudah membuat permohonan, untuk pengetahuan anda semakan permohonan sudah dibuka.Terdapat 2 cara membuat semakan antaranya;

Melalui laman web rasmi BMT RISDA iaitu, https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/ atau menghubungi Pejabat RISDA di mana permohonan dilakukan.

Bagi memudahkan anda buat permohonan online dan dapat duit bantuan semasa tarikh bayaran bmt 2022, Lembaga Getah Malaysia LGM & LIGS telah bangunkan sistem online di link pautan ini, https://bmt.risda.gov.my login semakan status kelulusan.

Anda juga boleh pergi ke mana-mana cawangan Lembaga Getah Malaysia untuk dapatkan borang permohonan dan lengkapkan butiran yang diperlukan.

CARA PERMOHONAN BMT

Untuk makluman semua, permohonan BMT telah dibuka bermula pada 5 mei 2022 sehingga tarikh tutup permohonan pada 15 Oktober 2022 lalu.

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan :

1)    Pemohon pekebun kecil yang menyertai program tanam semula RISDA atau bukan di bawah mana-mana Agensi hendaklah menyertakan dokumen sokongan seperti berikut :

  • Kad Pengenalan pemohon asal dan salinan
  • Geran asal tanah dan salinan
  • Salinan buku akaun bank yang aktif

2)    Pemohon penoreh bukan pemilik hendaklah menyertakan dokumen sokongan berikut :

  • Kad Pengenalan pemohon asal dan salinan
  • Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah
  • Salinan geran lot yang ditoreh
  • Salinan buku akaun bank yang aktif
  • Salinan Kad PAT-G yang masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G
  • Surat pengesahan daripada pemilik tanah / wakil yang sah

Permohonan boleh dibuat melalui portal rasmi pekebun kecil makmur iaitu :

Tarikh Bayaran BMT 2022 Bantuan Musim Tengkujuh

Anda akan dapat pembayaran bantuan musim tengkujuh bmt dua kali iaitu untuk fasa 1 bulan November bagi kadar bantuan sebanyak RM300 dan fasa 2 pada bulan Disember dapat lagi RM300.

Soalan Lazim & FAQ

1) Apakah maksud penoreh getah bukan sebagai pemilik tanah yang sah

Hanya bekerja sebagai penoreh getah tetapi bukan pemilik pada tanah dan ladang tersebut

2) Apa itu maksud pemilik pekebun kecil getah

Ada tanah sendiri, ada kebun getah dan juga menguruskan kebun getah tersebut

3) Bagaimana untuk hubungi Hotline BMT Risda

Boleh hubungi di nombor, 03-42564022

4) Saya telah daftar, adakah saya perlu kemaskini bmt pada tahun 2022 ini?

Ya perlu

SUMBER: Portal rasmi lembaga getah malaysia, https://www.lgm.gov.my & http://ligs.gov.my Sabah

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

1 thought on “BANTUAN MUSIM TENGKUJUH: RM300 Akan Dikreditkan Disember Ini”

  1. Risda Daerah Kuala Krai lembab bayaran bmt.. sedangkan rakyat ramai yg memerlukan.fikir2kan..

Comments are closed.

Scroll to Top