EMADANI RM100 : Cara Bayar Menggunakan MAE

eMadani RM100 Kredit e-Tunai telah dilaksanakan dan boleh ditebus sehingga Februari 2024. Pendaftaran dan tuntutan kredit eMADANI, iaitu tawaran e-kredit tunai RM100 secara sekali bayar akan dibuka mulai pagi 4 Disember 2023 ini hingga 20 Feb depan.

Ramai yang masih tidak tahu cara menggunakan melalui aplikasi MAE Maybank. Berikut adalah langkah ringkas menggunakan aplikasi tersebut.

eMadani RM100

eMADANI RM100 ialah inisiatif daripada kerajaan untuk penerima yang layak dengan pendapatan tahunan di bawah RM100,000. Program ini dianggarkan memberi manfaat kepada kira-kira 10 juta rakyat Malaysia dalam bentuk kredit e-dompet RM100 yang boleh digunakan untuk pembelian dalam perniagaan bata dan mortar melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian.

EMADANI 2023 CARA BAYAR MAE MAYBANK

Anda juga boleh membuat bayaran menggunakan MAE MAYBANK. Berikut adalah cara yang betul :

  1. Buka aplikasi MAE Maybank.
  2. Kemudian, tekan butang ikon ‘eMadani’ pada halaman utama.
  3. SCAN atau Imbas kod MAE QR atau DuitNow OR yang dipaparkan di kaunter kedai. Sebaliknya, anda juga boleh menunjukkan kod QR anda untuk di imbas oleh juruwang.
  4. Pastikan RM100 eMADANI adalah sumber dana.
  5. Pembayaran SELESAI!

SYARAT KELAYAKAN eMadani

Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun ke atas (1 Januari 2023)
  • Pendapatan tidak melebihi RM100,000 setahun
  • Golongan B40 dan M40
  • Penerima STR 2023

CARA TEBUS APLIKASI

Sebarang permohonan dan tuntutan boleh dilakukan melalui aplikasi berdaftar. Bagi anda yang ingin membuat penebusan eMadani ini, ianya boleh dilakukan dengan memuat turun aplikasi seperti dibawah :

  • Touch ‘N’ Go
  • MAE
  • Setel
  • ShopeePay
  • Setel
    • Langkah 1: Lancarkan aplikasi Setel.
    • Langkah 2: Klik pada icon ‘eMADANI’ pada halaman utama.
    • Langkah 3: Kemudian, masukkan maklumat anda dan klik ‘Hantar’.
    • Langkah 4: Anda akan menerima pemberitahuan apabilah penebusan RM100 eMADANI anda berjaya.
  • Touch n Go
    • Langkah 1: Pada aplikasi TNG eWallet, klik ikon eMADANI pada halaman utama.
    • Langkah 2: Kemudian, masukkan maklumat anda dan klik ‘Hantar’.
    • Langkah 3: Anda akan dimaklumkan sekiranya tuntuan TNG eWallet anda berjaya.
  • ShopeePay
    • Langkah 1: Ketik pada bar dompet halaman utama atau pergi ke halaman “Saya” dan ketik pada “ShopeePay”.
    • Langkah 2: Ketik “Sediakan ShopeePay”
    • Langkah 3: Simpan nama penuh & nombor kad pengenalan anda. Tandai kotak pilihan untuk bersetuju menerima terma & syarat.
    • Langkah 4: Anda akan menerima mesej teks (SMS) dengan kata laluan sekali (OTP). Masukkan kod pengesahan 6 digit untuk meneruskan.
    • Langkah 5: Cipta & sahkan PIN ShopeePay 6 digit yang anda inginkan.
    • Langkah 6: Tahniah, anda telah berjaya mengaktifkan ShopeePay anda!
      Seterusnya, berikut pula adalah langkah-langkah untuk membuat pengesahan (verify) akaun ShopeePay iaitu:
    • Langkah 1: Ketik pada bar dompet halaman utama atau pergi ke halaman “Saya” dan ketik pada “ShopeePay”.
    • Langkah 2: Ketik pada “Sahkan Sekarang”.
    • Langkah 3: Muat naik foto kad pengenalan anda & swafoto kad pengenalan anda. Tandakan pada Terma & Syarat & ketik pada “Sahkan”. Pengesahan kad pengenalan akan mengambil masa sehingga 24 jam untuk diproses.
  • MAE
    • Langkah 1: Lancarkan aplikasi MAE.
    • Langkah 2: Klik pada ikon ‘eMADANI’ pada halaman utama.
    • Langkah 3: Kemudian, masukkan maklumat anda dan klik ‘Hantar’.
    • Langkah 4: Anda akan menerima pemberitahuan apabila penebusan RM100 eMADANI anda berjaya.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan eMADANI, berikut merupakan butiran yang boleh dihubungi:

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top