Bantuan Saraan Anak Sekolah Melaka

Majlis Agama Islam Melaka telah ditubuhkan pada 28 September 1960. Ia adalah bertujuan menguruskan hal ehwal Agama Islam Negeri Melaka di samping membantu dan menasihati Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong . Penubuhan Majlis Agama Islam Melaka diperkukuhkan berdasarkan enakmen penubuhan

Bantuan Saraan Anak Sekolah

Bantuan Saraan Anak Sekolah secara bulanan yang disalurkan kepada anak-anak asnaf fakir, miskin dan muallaf yang bersekolah sama ada diperingkat sekolah rendah, menengah, madrasah atau pusat tahfiz dan Institusi Pengajian Tinggi dengan mengemukakan dokumen pengesahan pelajar daripada pihak sekolah dan juga IPT;

Situasi 1 : Bantuan Baru pemohon sedia ada memerlukan bantuan saraan anak sekolah /IPT (automatik

Situasi 2 : Pemohon memerlukan bantuan saraan anak sekolah/IPT (automatik) selepas bantuan bulanan diluluskan (perlukan penambahan skim bantuan) menggunakan borang rayuan/penyambungan

Cara Permohonan Bantuan

Permohonan Bantuan MAIM perlulah dibuat dengan menggunakan borang asal dan diisi dengan lengkap bersama pengesahan daripada Imam, Pengerusi JKKK atau AJK kariah setiap pemohon.

Setiap permohonan yang lengkap perlu disertakan dengan dokumen sokongan yang telah disahkan oleh Imam atau JKKK kariah pemohon menetap ;

  1. 2 Keping gambar pemohon berukuran pasport
  2. 1 Salinan kad pengenalan
  3. 1 Salinan Sijil Cerai (jika bercerai hidup)
  4. 1 Salinan Sijil Kematian (jika bercerai mati)
  5. 1 Salinan Sijil Kelahiran pemohon (jika ada)
  6. 1 Salinan Sijil Kelahiran / Kad Pengenalan anak-anak bagi setiap tanggungan dibawah pemohon

Garis Panduan Kelayakan

  • Had Umur
    • Ditetapkan kepada umur 18 tahun ke atas (umur yang kurang daripada 18 tahun hendaklah diwakili oleh ibu bapa atau penjaga)
  • Status Keluarga
    • Berkahwin dengan ada tanggungan
    • Bujang dengan kurang upaya (cacat dari segi fizikal dan mental )
    • Ibu tunggal yang mempunyai tanggungan dah hilang tempat bergantung
  • Tanggungan yang tinggal bersama pemohon
    • Anak kandung
    • Anak saudara
    • Tiada tempat bergantung
  • Pendapatan
    • Pendapatan kurang daripada RM51.00 seorang bagi seorang dalam isi keluarga
    • Pendapatan tidak menentu dan tidak mencukupi
    • Tiada tempat bergantung

Panduan Permohonan Fakir Miskin

Syarat umum permohonan bantuan adalah seperti berikut :

  • Seorang Islam;
  • Lahir atau menetap di negeri Melaka sekurang-kurangnya 10 tahun; dan
  • Pendapatan isi keluarga/rumah tidak melepasi Paras Garis Kemiskinan Negeri Melaka [Tidak melebihi RM 840.00 sebulan untuk 4 ahli keluarga : perkapita RM 210.00 [tahun 2013].

Lain-lain Bantuan Agihan Zakat

Bagi melaksanakan amanah daripada wang zakat yang telah dibayar MAIM telah memperuntukkan kesemua wang zakat tersebut kepada beberapa aktiviti untuk kemaslahatan orang Islam negeri Melaka antaranya ialah program bantuan MAIM yang telah diketegorikan dalam asnaf yang ditetapkan antara bantuan yang disediakan oleh MAIM.

a. Bantuan Bulanan

  • Bantuan Makanan Asasi ( Keluarga Kecil / Keluarga Besar)
  • Simpanan Tabung Haji
  • Rawatan Hemodialisis
  • Bantuan Pekerja Sukarelawan

b. Bantuan Tahunan

  • Bantuan Hari Raya
  • Pakaian Sekolah ( Anak-Anak Fakir / Miskin / Muallaf )
  • Bantuan Am
  • Bantuan Cermin Mata
  • Bantuan Ke Asrama Penuh

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui soalan lazim sila layari LINK INI atau hubungi:

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top