Semakan Bantuan JKM: Bantuan RM200 Sebulan

Semakan Bantuan JKM: Bantuan RM200 Sebulan. Bantuan Latihan Perantis (BLP) adalah sebuah inisiatif Kerajaan di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk klien JKM ataupun anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan dan juga menganggur serta bekas pelatih ataupun bekas penghuni institusi kebajikan yang bertujuan untuk mendapatkan latihan sambil bekerja atau latihan kemahiran.

Berikut merupakan perkongsian lanjut mengenai Bantuan Latihan Perantis (BLP).

BANTUAN RM200 SEBULAN

Bantuan RM200 sebulan ini adalah Bantuan Latihan Perantis dimana ia membantu klien Jabatan atau anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan dan menganggur serta bekas pelatih atau bekas penghuni institusi kebajikan untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN LATIHAN PERANTIS (BLP)

Berikut merupakan syarat kelayakan Bantuan Latihan Perantis (BLP):

  • Warganegara yang bermastautin di Malaysia 
  • Anak-anak penerima bantuan ataupun Bekas Pelatih/ Bekas Penghuni dari Institusi Kebajikan 
  • Kes-kes seliaan akhlak 
  • Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat

KADAR BAYARAN BANTUAN LATIHAN PERANTIS (BLP)

Kadar bayaran Bantuan Latihan Perantis (BLP) adalah seperti berikut:

  • RM200 Sebulan

CARA PERMOHONAN

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dilakukan di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Bahagian/ Jajahan di seluruh negara:

  • Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan tentang kelayakan bantuan kepada pemohon; dan 
  • Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berlandaskan kepada kelayakan dan bukan hak 

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon adalah diminta untuk membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Bahagian/ Jajahan seperti:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon 
  • Salinan Kad Pengenalan isteri/ suami/ bapa/ ibu/ anak yang tinggal bersama 
  • Salinan Sijil Kelahiran anak-anak/ ahli keluarga yang tinggal bersama 
  • Salinan Penyata Gaji (jika ada) 
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan 

Pemohon boleh melengkapkan borang berikut: 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Latihan Perantis (BLP), sila layari Portal Manfaat pautan berikut:

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top