Gaji Minimum RM1500 Mulai 1 Mei 2022

Berita baik untuk rakyat Malaysia, kerana bermula 1 Mei 2022, gaji minimum sebanyak RM1,500 akan di kuat kuasakan.

Sempena Hari Pekerja bertemakan “Pekerja Tonggak Keluarga Malaysia Dalam Pemulihan Negara”, gaji minimum RM1,500 telah dikuat kuasa.

Kerajaan juga akan menyediakan taska di tempat kerja di samping banyak inisiatif lain untuk golongan pekerja.

Perkara ini adalah hadiah daripada Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri kepada golongan pekerja atas dedikasi dalam membangunkan ekonomi negara.

Kerajaan juga bersetuju laksana Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia, MyEzyCover.com bermula 1 Mei 2022.

Kerajaan setuju beri ganjaran sempena Hari Pekerja 2022

Kerajaan akan menanggung sebanyak 80% jumlah caruman individu bekerja sendiri menerusi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri di bawah Perkeso dengan sasaran sekurang-kurangnya sejuta keluarga Malaysia mendapat manfaat itu.

Kerajaan wajibkan taska di tempat kerja bagi sektor awam kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan badan berkanun sebelum di perluas ke sektor swasta.

Kerajaan melancarkan portal Upskills Malaysia untuk pekerja meningkatkan kemahiran.

Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia

Secara ringkas program ini adalah pakej pembiayaan secara ansuran sehingga 10 bulan tanpa sebarang caj faedah, di mana pakej ini ditawarkan kepada penjawat awam terlebih dahulu sebelum diperluaskan kepada sektor swasta.

Program ini akan dilaksanakan oleh Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama Perkeso dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa).

Upskills Malaysia

Upksills Malaysia merupakan platform bersepadu untuk mencari dan memohon program peningkatan kemahiran yang di tawarkan oleh Kerajaan Malaysia.

Platform ini terdapat 3 kursus tersedia, 35 bidang kemahiran, 6143 penyedia latihan dan 73 agensi yang terlibat.

Antara kursus yang disediakan adalah pentadbiran dan perkeranian, perakaunan dan kewangan, dan pelbagai lagi yang lain.

Untuk mendaftar boleh layari https://upskillmalaysia.gov.my/individualSignup

Kelonggaran SOP Covid – 19 bermula 1 Mei 2022

Bermula 1 Mei 2022, terdapat kelonggaran SOP Covid 19 yang telah di umumkan oleh Menteri Kesihatan, berikut merupakan ringkasan SOP.

  • Kes positif Covid 19 boleh di lepaskan dari pengasingan mulai hari ke 4 sekiranya di sahkan negatif ujian RTK-agen.
  • Kemasukam individu ke mana mana premis di benarkan tanpa mengira status vaksinasi.
  • Imbasan kod QR Aplikasi MySejahtera tidak di wajibkan apabila masuk premis atau mana mana tempat awam.
  • Pemakaian pelitup muka adalah wajib apabila berada dalam bangunan, dan pilihan apabila berada di tempat awam.
  • Individu positif Covid 19 dan individu yang berada dalam tempoh HSO kekal tidak di benarkan masuk ke premis.
  • KKM galak pakai pelitup muka di luar bangunan terutama di kawasan sesak, individu bergejala dan berisiko tinggi.
  • Aplikasi MySejahtera masih lagi penting dan digunakan untuk pelapotan status Covid 19.
  • Aplikasi MySejahtera akan di tambah baik dengan ciri ciri baharu untuk lihat kawasan titik panas penyakit lain seperti denggi, rabbies dan campak.

Tips Keselamatan Elektrik Dan Gas Di Musim Perayaan

Sempena hari Raya Aidilfitri, semua individu hendaklah berwaspada dan berjaga jaga dengan elektrik dan gas.

Berikut adalah tips keselamatan elektrik dan gas.

  • Pastikan alat elektrik mempunyai label keselamatan Sirim ST, dan alat elektrik dalam keadaan sempurna dan tidak di ubah suai peralatan yang rosak.
  • Jangan tekan suis elektrik dengan tangan yang basah.
  • Jangan gunakan telefon bimbit ketika tengah dicas.
  • Jangan gunakan soket dengan kelengkapan elektrik berlebihan atau beban yang tinggi.
  • Matikan semua suis dan peralatan elektrik yang tidak perlu sebelum pulang ke kampung atau pergi bercuti.
  • Jangan gantung perhiasan perayaan pada tiang, talian elektrik atau pepasangan elektrik.
  • Uji keberkesanan Peranti Arus Baki (PAB)
    • Tekan butang uji ‘T’
    • Jika ia berfungsi dengan baik ia akan terpelantik dan bekalan elektrik akan putus serta merta
    • Ini dapat melindungi pengguna dari terkena renjatan elektrik sekiranya ada kebocoran arus
    • Dapatkan perkhidmatan kontraktor elektrik berdaftar untuk gantikan PAB rosak / ubah suai pendawaian elektrik di rumah.
  • Pastikan alat pengesanan kebocoran gas berfungsi.
  • Pastikan alat keperluan gas mempunyai label keselamatan Sirim ST dan dalam keadaan sempurna.
  • Tutup injap gas sekiranya pulang ke kampung atau keluar tinggalkan rumah.
  • Jangan letak barang panas di atas silinder gas.
  • Jangan baringkan silinder gas ketika memasak.
  • Dapatkan khidmat kontraktor gas berdaftar untuk baiki perpaipan gas di rumah.

Langkah langkah ringkas keselamatan jika pulang ke kampung atau tinggalkan rumah sempena perayaan.

  • Pastikan rumah bebas daripada pembiakan nyamuk aedes.
  • Pastikan semua suis dan peralatan elektrik yang tidak di perlukan di rumah anda di matikan.
  • Pastikan ubat ubatan ahli keluarga anda cukup dan di bawa bersama.
  • Pastikan rumah anda selamat dengan mengunci kesemua pintu.
  • Pastikan injap gas di tutup.

Peringatan kepada semua pengguna jalan raya.

Sepanjang musim perayaan dan percutian ini, pastikan anda sentiasa berada dalam keadaan tenang ketika pemanduan.

Patuhi had laju dan tidak tergesa-gesa supaya emosi anda tidak mudah terganggu dengan sekeliling yang mungkin boleh menyebabkan anda hilang sabar.

Lakukan “Teknik Pernafasan Dalam” untuk mendapatkan relaksasi dengan menarik nafas dan hembus secara dalam, praktikkan selama beberapa minit sekiranya anda rasa tertekan.

Semasa dalam perjalanan, pandu dengan cermat dan tenang, kawal perasaan marah dan wujudkan suasan harmoni semasa dalam kenderaan.

Berehat di kawasan yang selamat sekiramya perlu atau singgah di Kawasan Rehat dan Rawat untuk mengurangkan stres dan gangguan emosi.

Pastikan juga anda rancang perjalanan sebelum memulakan pemanduan dan berhenti di Kawasan Rehat dan Rawat jika perlu untuk menghirup udara segar sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi.

Semoga anda semua selamat tiba ke kampung halaman masing-masing.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top