Kuiz Asean Edisi 2022 Hadiah Tunai RM19,000

Mulai 1 sehingga 30 Jun 2022, pertandingan peringkat antarabangsa ini kembali. Sila sertai dan uji pengetahuan anda tentang ASEAN.

Mereka yang menyertai pertandingan ini bakal dan berpeluang memenangi hadiah bernilai RM 19,000.

Melalui info daripada laman sesawang rasmi Jabatan Penerangan Malaysia, anda boleh mengetahui info lebih lanjut tentang pertandingan ini.

Pertandingan Kuiz Asean merupakan program dwitahunan di bawah Asean-Coci (Community of culture and information) dalam meningkatkan tahap pengetahuan dan kesedaran mengenai hal ehwal ASEAN dalam kalangan peserta seterusnya meningkatkan minat membaca, menggalakkan pencarian maklumat terutamanya dalam aspek kebudayaan, politik, ekonomi dan sosial negara-negara Asean.

Sila layari laman sesawang rasmi Jabatan Penerangan Malaysia serta laman sosial Facebook IRDivision & Asean Quiz Malaysia. Untuk mengetahui lebih lanjut dan menyertai.

Secara ringkas mengenai syarat penyertaan dan langkah penyertaan seperti perenggan berikut.

Syarat-syarat Penyertaan

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Kategori murid sekolah menengah (kerajaan atau swasta) berumur antara 15 hingga 17 tahun.
  3. Kategori terbuka, berumur 18 hingga 40 tahun.
  4. Warga Jabatan Penerangan Malaysia dan individu yang terlibat secara langsung dalam aktiviti penggubalan soalan adalah tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.
  5. Penganjur berhak untuk mengecualikan dan / atau membatalkan kelayakan peserta yang tidak termasuk dalam kategori dan / atau melanggar syarat dan peraturan pertandingan.
  6. Peserta bertanding atas kapasiti individu bukan secara berkumpulan walaupun mewakili sekolah yang sama.
  7. Tiada had penyertaan bagi sesebuah sekolah untuk kategori murid sekolah menengah berumur 15 – 17 tahun.
  8. Dikendalikan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris.
  9. Peserta dikehendaki melalui (3) tiga tahap pertandingan iaitu Tahap 1, Tahap 2 dan Tahap 3 bagi menentukan kemenangan.
  10. Pemenang akan di tentukan melalui markah tertinggi dan masa yang terpantas di Tahap 3.
  11. Sekiranya terdapat persamaan pada markah peserta-peserta, pusingan PENENTUAN akan dilaksanakan bagi menentukan kemenangan.
  12. Tiga (3) peserta yang mendapat markah tertinggi dan masa terpantas dalam Tahap 3 dalam kategori murid sekolah menengah 15 – 17 tahun, layak mewakili Malaysia ke Pertandingan Kuiz Asean peringkat rantau.
  13. Nama nama pemenang akan dipaparkan di laman web Jabatan Penerangan Malaysia falam tempoh 7 hari bekerja dan keputuan Panal Hakim adalah muktamad.
  14. Hanya peserta yang berdaftar dengan maklumat lengkap sahaja yang layak menyertai Pertandingan Kuiz Asean.
  15. Semua data peribadi peserta yang dikumpul dan disimpan oleh Jabatan Penerangan Malaysia adalah bukan untuk tujuan transaksi komersial dan hanya untuk diguna pakai bagi tujuan Kuiz Asean dan tertakluk di baeah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).

Cara-cara Memohon

  • Layari laman web https://www.penerangan.gov.my untuk maklumat terperinci dan pendaftaran.
  • Selepas pendaftaran berjaya, anda boleh mengakses aplikasi Kuiz Asean 2022.
  • Peserta perlu menggunakan nombro kad pengenalan sebagai nama pengguna (username)
  • Peserta boleh terus menjawab soalan pada bila-bila masa dan di mana sahaja bermula 1 hingga 30 Jun 2022.
  • Peserta akan melalui tiga (3) tahap iaitu Tahap 1, Tahap 2 dan Tahap 3.

Sebagai rujukan, pendaftaran penyertaan akan di buka pada bila-bila masa sahaja merujuk kepada laman sosial Facebook IRDivision.

Senarai hadiah

  • Johan : Hadiah Wang Tunai RM2,500 beserta Trofi & Sijil
  • Naib Johan : Hadiah Wang Tunai RM1,500 beserta Trofi & Sijil
  • Tempat Ketiga : Hadiah Wang Tunai RM1,000 beserta Trofi & Sijil
  • Keempat & Kelima : Hadiah Wang Tunai RM750 beserta Sijil
  • 10x Saguhati : Hadiah Wang Tunai RM300 beserta Sijil

Antara info dan pengetahuan am yang boleh anda rujuk adalah seperti perenggan berikut.

Menara Merdeka 118

Menara Merdeka 118 di Kuala Lumpur akan menjadi bangunan tertinggi di ASEAN apabila siap dibina pada tahun ini.

Bangunan ini berdiri pada ketinggian 635 meter dengan reka bentuk yang unik. Bentuknya terinspirasi oleh gerakan tangan yang dibuat oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri pertama kita pada tahun 1957 ketika beliau malungkan “Merdeka!, Merdeka!, Merdeka!”.

Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Thailand

Tahukah anda bahawa Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Thailand adalah lapangan terbang paling sibuk di seluruh negara-negara ASEAN, dan yang terbesar di dunia?

Terminal yang dibina untuk penerbangan domestik dan antarabangsa di lapangan terbang ini dilengkapi dengan ruang yang luas dan penuh dengan kemudahan.

Lapangan terbang yang ini telah dibina pada tahun 2006 untuk menggantikan Lapangan Terbang Don Muang yang kian usang. Kini, ia dikatakan sebagai salah satu lapangan terbang paling menarik yang pernah dibina.

Pengerusi ASEAN

Pengerusi ASEAN pada tahun 2021 adalah Brunei. Negara ASEAN akan bergilir mempengerusikan ASEAN mengikut susunan abjad nama-nama negara anggota dalam Bahasa Inggeris.

Negara Anggota yang memegang kepemimpinan ASEAN perlu mempromosikan dan membangunkan komuniti ASEAN melalui inisiatif dasar, koordinasi dan kerjasama.

Ia bertujuan memastikan tindak balas yang berkesan dan tepat pada masanya untuk apa-apa isu atau krisis dalam ASEAN, termasuk mewakili ASEAN dalam memperkukuh dan mempromosikan hubungan yang lebih erat dengan rakan luar dan melaksanakan tugas dan fungsi lain sebagaimana yang dimandatkan.

Laos merupakan negara tanpa lautan.

Satu-satunya negara dalam kalangan negara-negara anggota ASEAN tanpa lautan dikelilingnya ialah Laos dengan keluasan 238,800 km persegi.

Menariknya, kerajaan Laos mempunyai Angkatan Tentera Laut yang ditugaskan untuk menjaga perairan sungai-sungai Laos.

Kuala Lumpur, ibu negara termuda di Asia

Tahukah anda bahawa Kuala Lumpur merupakan ibu negara Asia termuda yang ditubuhkan di Asia Tenggara dan antara yang terawal bergabung dengan ASEAN?

Kuala Lumpur ditubuhkan pada pertengahan abad ke-19, menjadi ibu kota Asia Tenggara termuda dan kedua yang paling berjaya dari segi ekonomi.

Ketika Kuala Lumpur terus berkembang, bandar ini menjadi antara ikon seni bina moden dengan Menara Berkembar Petronas yang terkenal menjadi salah satu daripadanya.

Bandar ini diasaskan oleh pelombong bijih timah Cina pada tahun 1857. Hal ini dapat dilihat dalam nama Kuala Lumpur, yang bermaksud ‘muara berlumpur’ dalam bahasa Melayu.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top