Pesanan Terkini Dari Jabatan Penerangan

Sejak fasa peralihan ke endemik selepas hampir dua tahun kita menangani wabak Covid-19, kerajaan telah banyak memberi pesanan dan informasi berguna untuk kita.

Melalui laman sosial Facebook Page Jabatan Penerangan Malaysia, pelbagai pesanan dan isu yang di beri kepada kita, dan piha Mynewskini berkongsi mengenai pesanan-pesanan tersebut.

Secara ringkas dan maklumat tersebut di kumpul kepada satu posting ini.

Penambahbaikan Fungsi Hotspot Tracker untuk aplikasi Mysejahtera.

Walaupun aplikasi ini tidak wajib digunakan lagi untuk masuk ke mana-mana premis, ia masih digunakan untuk melapor tahap kesihatan pengguna.

Dan fungsi terbaru yang dikemaskini dan di tambah baik adalah fungsi hotspot tracker.

Rakyat boleh mengesan kes positif COVID-19 yang dilaporkan dalam lingkungan satu kilometer dari kawasan tertentu menggunakan ‘Hotspot Tracker’ menerusi aplikasi MySejahtera.

Sebelum ini, aplikasi Mysejahtera hanya boleh mengesan kes Covid-19.

Selepas dikemaskini ia boleh digunakan sebagai pengesan kes penyakit berjangkit seperti, Covid-19, Demam Denggi, Rabbies (penyakit anjing gila), Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dan demam campak (Measles).

Maklumat utama fungsi penambahbaikan tersebut seperti perenggan di bawah.

Individu

  • Peka terhadap kawasan yang berisiko tinggi bagi penularan penyakit berjangkit.
  • Mengambil langkah berjaga-jaga di kawasan berisiko tinggi penularan penyakit berjangkit.
  • Menyebarkan kesedaran kepada ahli keluarga dan juga komuniti.

Keluarga

  • Memastikan keselamatan individu yang berisiko tinggi dalam keluarga (kanak-kanak, warga emas, mereka yang mempunyai sistem imun yang rendah) bagi mengelakkan mereka berkunjung ke kawasan yang mempunyai jumlah kes yang tinggi.
  • Lebih berwaspada dalam merancang perjalanan bersama keluarga.
  • Meningkatkan pengetahuan berkaitan faktor risiko penyakit berjangkit dan langkah-langkah pencegahan.

Komuniti

  • Mengatur dan merancang aktiviti komuniti seperti gotong royong dan pembersihan kawasan kawasan perumahan.
  • Memperkasakan kenderaan berkaitan keselamatan dan kesihatan kendiri dalam kalangan komuniti.
  • Bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dalam meningkatkan taraf keselamatan dan kesihatan penduduk sekeliling.

Hukuman berat benarkan anak remaja tidak cukup umur memandu.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong telah mengatakan bahawa hukuman berat mengikut Akta Pengangkutan Jalan boleh dikenakan kepada sesiapa yang membenarkan anak atau remaja tidak cukup umur memandu.

Mengikut Akta Pengangkutan Jalan, hukuman berat boleh dikenakan kepada sesiapa yang benarkan anak atau remaja tidak cukup umur memandu.

Bukan sahaja terhadap pemandu, bahkan pemilik kenderaan juga akan dikenakan tindakan paling berat kerana kecuaian dan menyebabkan kecederaan mana-mana pihak.

Sesiapa yang disabit kesalahan boleh diambil tindakan tegas kerana remaja itu tiada lesen memandu dan perlindungan insurans.

Awasi pergerakan anak remaja anda.

Larangan ke atas tiga jenis kenderaan mikromobiliti di jalan raya

Menteri Pengangkutan mengatakan penggunanan kenderaan mikromobiliti di atas jalan akan dipertimbangkan jika pihak berkuasa tempatan menyediakan infrastruktur jalan yang menyokong kenderaan itu.

Tiga (3) jenis kenderaan yang di larang tersebut adalah:

Pertama jenis Mopped iaitu mempunyai dua atau tiga roda, dipacu dengan sumber elektrik dan ia berkelajuan tidak lebih dari 50km)j.

Kedua dan ketiga jenis kenderaan iaitu personal mobility devices (PMD) dan personal mobility aids (PMA) di mana kenderaan ini dipacu dengan kekuatan manusia atau elektrik, berkelajuan tidak melebihi 25km/j dan contohnya seperti skuter berkuasa elektrik dan kenderaan bagi kegunaan individu dengan masalah pergerakan.

  • Kenderaan ini dilarang penggunaan di atas jalan raya dengan serta merta.
  • Larangan ikut kaedah-kaedah lalu lintas (Larangan Penggunaan Kenderaan Mobiliti Tertentu 2021).
  • Kerana membahayakan pengguna kenderaan tersebut dan pengguna jalan raya lain.

Namun penggunaannya di benarkan di dalam bangunan dan kawasan yang tidak bercampur dengan aliran trafik.

Tindakan undang-undang dibawah Akta Penggunaan Jalan Raya 1978.

  • Kompoun RM300.
  • Perintah larangan dikuatkuasakan Jabatan Pengangkutan Jalan Raya & Polis.

Awas berita palsu dan penyebaran palsu

Penyebaran berita tidak benar menjatuhkan maruah diri, ramai panik dan mengalami masalah kesihatan mental kerana bimbang berlebihan akibat percaya kepada berita palsu sensasi yang tidak tahu hujung pangkal dari mana datangnya.

Elak terpedaya, elakkan daripada terus mempercayai kandungan laman web, blog dan email yang meragukan atau yang tidak dikenali, semak dan rujuk dari sumber-sumber sahih.

Layari https://sebenarnya.my/ untuk semakan dengan lebih terperinci.

Rantaian berita palsu menular dengan pantas memberi banyak kesan buruk kepada masyarakat dan negara.

Pastikan anda menyemak dan rujuk kepada sumber yang sahih.

Tips Keselamatan Wifi di Rumah

Adakah rangkaian WI-FI rumah anda selamat?

Pastikan hanya anda sahaja memiliki akses pentadbir, komunikasi dienkrip dan pengguna memerlukan kata laluan sebelum menggunakan rangkaian anda!

Berikut adalah tips ringkas keselamatan wifi untuk anda.

  • Tukar nama pengguna dan kata laluan yang diberi oleh penyedia wifi kepada nama dan kata laluan anda.
  • Padamkan rangkaian wifi jika anda tidak berada di rumah.
  • Aktifkan penyulitan tanpa wayar untuk melindungi data rangkaian anda.
  • Guna perisian tembok api (firewall) bagi melindungi peranti digital di rumah.
  • Pastikan perisian router anda dikemaskini untuk keselamatan rangkaian internet di rumah anda.

Dos Penggalak Covid-19 Kedua

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memberikan suntikan dos penggalak yang kedua kepada segelintir kelompok individu sebagai kumpulan penerima pertama, berlandaskan syarat tertentu.

  • Dos penggalak Covid-19 kedua akan ditawarkan kepada individu berisiko tinggi di Malaysia.
  • Dos penggalak kedua ini mampu meningkatkan lagi perlindungan terhadap Covid-19.
  • Ia tidak diwajibkan dan status vaksinasi kumpulan individu tidak terjejas jika mereka tidak mengambil dos penggalak kedua.

Vaksinasi dan dos penggalak telah banyak membantu mengurangkan kes-kes kemasukan ke hospital, Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kematian ketika gelombang Omicron melanda negara ketika ini.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top