Sindrom Covid Berpanjangan, Apa Perlu Dilakukan

Wabak Covid-19 pada masa kini semakin berkurangan, namun pesakit yang pernah di jangkiti penyakit itu mungkin akan mengalami sindrom Covid berpanjangan.

Kementerian Kesihatan Malaysia, melalui laman sosial media berkongsi maklumat tentang sindrom tersebut.

Pelbagai gejala yang akan kerap di alami bagi pesakit yang pernah di jangkiti virus Covid.

Antaran gejala yang kerap di alami adalah:

  • Kelesuan
  • Kesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti
  • Sukar tidur malam
  • Batuk
  • Kegelisahan

Bagi aspek pernafasan, batuk dan kesukaran bernafas boleh jadi kepada sindrom covid berpanjangan.

Manakala dalam aspek psikologi gejala kemurungan dan gejala kegelisahan akan kerap di alami.

Bagi bahagian otak pula gejala dan simtom yang akan di alami adalah seperti berikut:

  • Gangguan kognitif (lemah ingat, kurang daya tumpu)
  • Sakit kepala
  • Gangguan tidur
  • Pening
  • Kecelaruan
  • Gejala neuropati periferi

Bahagian jantung kemungkinan akan mengalami sakit dada, berdebar-debar dan sesak dada. Sementera bahagian otot atau tulang akan mengalami sakit sendi dan sakit otot.

Bahagian kulit kebiasaanya akan mengalami simptom seperti di bawah ini:

  • Ruam di bahagian hidung, mulut dan tekak
  • Tinnitus (bunyi di telinga)
  • Sakit telinga
  • Sakit tekak
  • Hilang deria rasa atau bau

Manakala bahagian gastrousus akan berasa loya, sakit abdomen, cirit birit dan aneroksia serta hilang selera makan.

Sekiranya berlaku perkara perkara di atas, anda dinasihatkan untuk pergi ke pusat fasiliti kesihatan yang menyediakan pusat rehabilitasi bagi long covid.

Vaksin Penggalak

Berkaitan dengan vaksinasi penggalak, melalui laman sosial media KKM, terdapat syor yang di kongsikan oleh Jawatankuasa Kerja Teknikal berkenaan dengan pemberian dos penggalak dan KKM memaklumkan bahawa pengambilan dos vaksin penggalak kedua adalah secara SUKARELA.

Individu yang telah lengkap menerima dos primer vaksin COVID-19 dan diikuti dengan dos penggalak pertama telah terbukti mendapat perlindungan optima daripada jangkitan COVID-19 yang teruk dan kematian.

Namun disebabkan berlaku penurunan imuniti dalam tempoh yang tertentu (waning imunity) terutamanya kepada individu di dalam kumpulan rentan, risiko kumpulan ini untuk mendapat jangkitan yang teruk dan komplikasi penyakit COVID-19 masih tinggi.

Oleh itu, pengambilan pengambilan vaksin dos penggalak kedua adalah digalakkan bagi kumpulan ini.

Sumber KKM

Dos Penggalak Pertama

  • Remaja berumur 12 hingga 17 tahun yang mempunyai risiko klinikal penyakit teruk.
  • 4 hingga 6 bulan selepas menerima dos primer.
  • Selepas berbincang dengan pengamal perubatan berdaftar.

Dos Penggalak Kedua

  • Individu berumur 60 tahun dan keatas.
  • Individu dewasa berumur 18 hingga 59 tahun yang mempunyai risiko klinikal.penyakit teruk.
  • 4 hingga 6 bulan selepas menerima dos primer.
  • Selepas berbincang dengan pengamal perubatan berdaftar.

Klinikal penyakit yang teruk adalah seperti penyakit kronik jantung, paru paru, buah pinggang, hati dan lain-lain.

𝐏𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀𝐀𝐍 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐓𝐈𝐀𝐍

Terdapat 2 jenis kematian iaitu:
1. Kematian Otak
2. Kematian Jantung Terhenti

Tahukah anda? Kematian otak ialah keadaan di mana kehilangan berkekalan keseluruhan fungsi otak termasuk pangkal otak.

Individu yang meninggal dunia hanya disahkan kematian otak setelah melalui ujian pengesahan kematian otak sebanyak 2 kali oleh pakar perubatan terlatih setelah memenuhi kriteria kematian otak.

Kematian otak diterima sebagai kematian kerana otak adalah organ yang menentukan fungsi kehidupan secara keseluruhan dan fungsi otak tidak boleh diganti oleh fungsi mesin.

Seseorang yang disahkan meninggal dunia kerana kematian otak boleh mendermakan semua organ dan tisu iaitu jantung, paru-paru, hati, buah pinggang, injap jantung, kornea mata, tulang dan kulit.

Pakar perubatan terlatih yang menjalankan ujian pengesahan kematian otak akan memaklumkan situasi berkenaan kepada waris sebelum menjalankan ujian pengesahan kali kedua. Waris juga diberikan peluang untuk memikirkan jika mempunyai hasrat untuk pendermaan organ. Tiada paksaan kepada waris berkaitan pendermaan organ.

Jika waris bersetuju untuk pendermaan organ, mesin pernafasan akan dikekalkan setelah ujian pengesahan kedua menunjukkan positif mati otak sehingga bakal penderma organ berkenaan dimasukkan ke dalam dewan bedah. Kebenaran bertulis daripada waris perlu diperolehi sebelum proses pendermaan organ dilaksanakan.

Berdasarkan rekod hanya kira-kira 1% sahaja kematian otak berbanding keseluruhan kematian yang ada.

Kematian jantung terhenti pula adalah kematian yang lazim berlaku di mana fungsi utama jantung terhenti.

Kematian jantung terhenti hanya boleh mendermakan tisu sahaja iaitu kornea mata, injap jantung, tulang dan kulit. Ia berikutan organ memerlukan oksigen melalui pengaliran dan bekalan darah.

Tahukah Anda Tentang Lupus?

Pada tarikh 10 Mei 2022 merupakan Hari Lupus Sedunia.

“Lupus” berasal dari perkataan Latin bererti “serigala”. Ini adalah kerana seorang doktor Perancis yang mula-mula merawat pesakit lupus mengibaratkan tompok-tompok kemerahan di muka pesakit sebagai gigitan serigala.

Sistemik lupus eritematosus (SLE) atau lupus, adalah penyakit kronik autoimun di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri. Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan.

Lupus adalah penyakit autoimun kronik yang tidak berjangkit tetapi berpotensi mengancam nyawa.

Ia boleh menyerang mana-mana organ atau tisu dari kulit atau sendi sehingga ke jantung, buah pinggang dan otak.

Berikut adalah perkongsian simptom umum dan gejala lain yang lebih khusus mengikut organ yang terjejas.

Sumber: Portal Myhealth

Simptom umum, demam berpanjangan atau demam berulang serta merasakan kelesuan. Manakala simptom berkaitan organ atau bahagian dalam seperti berikut:

Kulit dan mukosa:

  • Pelbagai jenis ruam, terutamanya ruam malar atau rama-rama.
  • Rambut gugur.
  • Ulser dalam mulut atau di dalam hidung.
  • Kefotopekaan.

Buah pinggang:

  • Bengkak kedua dua kelopak mata dan kaki.
  • Air kencing berbuih atau darah dalam air kencing.

Paru-paru:

  • Sesak nafas.
  • Sesak dada semasa tarik nafas dalam.

Otak:

  • Sakit kepala
  • Sawan
  • Kebas tangan atau kaki
  • Strok

Jantung:

  • Palpitasi
  • Sakit dada

Sistem peredaran darah:

  • Pucat
  • Jaundis
  • Mudah lebam
  • Nodus limfa bengkak

Musculoskeletal:

  • Sakit sendi dan/atau bengkak
  • Sakit otot dan/atau kelemahan

Walaupun lupus tidak boleh sembuh, namun rawatan mampu mengawal simptom.

Oleh sebab itu, pesakit dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan dan mengikut nasihat pakar perubatan.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top