Guru Ganti MySTEP Cara Mohon & Aras Gaji

Guru Ganti MySTEP adalah guru tidak terlatih yang ditempatkan di suatu sekolah bagi mengisi kekosongan sementara guru tetap disebabkan cuti bersalin, cuti sakit, cuti mengerjakan haji, berkursus atau lain-lain hal yang dibenarkan.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut dan info Gur Ganti MySTEP tersebut seperti yang diiklankan di bawah.

Guru Ganti MySTEP

Guru Ganti MySTEP merupakan merupakan inisiatif Kerajaan yang menyediakan peluang pekerjaan jangka pendek (kontrak) di kementerian pendidikan.

Khidmat Guru Ganti akan tamat apabila guru yang diganti telah tamat tempoh bercuti atau berkursus dan kembali bertugas di sekolah.

TUGAS GURU GANTI

  • Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah seperti guru tetap.
  • Buku persediaan mengajar dan rekod-rekod pelajar perlu disediakan dan diselia seperti yang dilaksanakan oleh guru yang digantikan.
  • Terlibat dengan Aktiviti ko-kurikulum.
  • Serta lain-lain tugas dan aktiviti yang diarahkan oleh pihak sekolah.

MySTEP

Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) merupakan inisiatif Kerajaan yang menyediakan peluang pekerjaan jangka pendek (kontrak) di pelbagai Kementerian, Agensi Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Rakan Strategik.

Inisiatif MySTEP ini disediakan khusus buat warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas daripada pelbagai latar belakang akademik dalam usaha Kerajaan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan memberi pengalaman kerja bagi meningkatkan kebolehpasaran pekerja di Malaysia.

Tempoh Kontrak Perkhidmatan MySTEP:

  1. Minimum satu (1) bulan dan maksimum dua belas (12) bulan; dan
  2. Tempoh kuatkuasa kontrak tidak melangkau 31 Disember 2023 (Bagi Sektor Awam)

Syarat Umum

  • Warganegara Malaysia.
  • Sihat tubuh badan dan tidak cacat pancaindera.
  • Berumur antara 18 – 30 tahun (Bukan Siswazah) atau 18 – 35 tahun (Siswazah).
  • Sekurang-kurangnya Kepujian dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia di peringkat SPM.
  • Syarat tambahan bagi Guru Ganti Pendidikan Islam: Kepujian Bahasa Arab (SPM) / Bahasa Arab Tinggi dan Agama Islam Tinggi / IV Senawi.
  • Syarat tambahan bagi Guru Ganti Bahasa Cina: Kepujian Bahasa Cina (SPM).
  • Syarat tambahan bagi Guru Ganti Bahasa Tamil: Kepujian Bahasa Tamil (SPM).
  • Keutamaan kepada pemegang ijazah dalam pendidikan

Cara Mohon Guru Ganti Manual dan Online

Untuk permohonan melalui borang Manual,anda perlu ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang berkenaan yang memerlukan guru ganti melalui iklan yang di hebahkan.

Hanya Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) layak melantik guru ganti yang diperlukan bagi sesebuah sekolah

  1. Isi borang yang diberikan di PPD.
  2. Dokumen yang penting perlu di bawa ialah gambar berukuran passport – salinan kad pengenalan dan sijil spm/degree- sijil original spm/degree.
  3. Kepilkan bersama borang beserta salinan sijil anda yang telah disahkan dan hantar ke PPD.
  4. Tunggu panggilan dari PPD memaklumkan anda layak menjadi seorang Guru Ganti di sekolah yang telah ditetapkan.

Manakala melalui permohonan online anda boleh mengisi melalui laman rasmi MyStep di pautan berikut: https://mystep.mof.gov.my/

Aras Gaji Guru Ganti MyStep 2023

Gaji / bayaran yang diperuntukkan untuk perkhidmatan guru ganti adalah bergantung kepada tahap kelayakan akademik seperti yang ditetapkan oleh MySTEP iaitu:

  • SPM : RM1,700 (termasuk KWSP dan PERKESO)
  • Diploma / STPM / STAM : RM1,900 (termasuk KWSP dan PERKESO)
  • Ijazah : RM2,100 (termasuk KWSP dan PERKESO)

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat dan update terkini kekosongan di MyStep bagi negeri-negeri dan daerah berdekatan anda, anda boleh mendaftar di laman sesawang rasmi MyStep di pautan berikut : https://mystep.mof.gov.my/form

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top