Kredit E-Tunai RM100 untuk Golongan Dewasa

Kredit E-Tunai RM100 untuk golongan dewasa ini adalah inisiatif dan bantuan terbaru yang diumumkan oleh kerajaan perpaduan untuk meringankan beban ekonomi rakyat yang terkesan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa kerajaan akan menyediakan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa di negara ini yang memiliki pendapatan tahunan tidak melebihi RM100,000.

Perdana Menteri berkata, inisiatif membabitkan peruntukan sekitar RM1 bilion itu akan memanfaatkan lebih 10 juta rakyat berusia 21 tahun ke atas, merangkumi golongan B40 dan M40.

Kredit E-Tunai RM100 untuk golongan dewasa

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN E-TUNAI RM100

Berikut merupakan syarat kelayakan Bantuan Kredit E-Tunai Rm100

  • Rakyat Malaysia
  • Berumur 21 tahun ke atas
  • Pendapatan tidak melebihi RM100,000 setahun.

Berikut adalah beberapa butir penting berkenaan inisiatif kredit e-tunai RM100:

  • Nama Program: Kredit E-Tunai RM100
  • Objektif: Memberikan bantuan kewangan kepada rakyat dewasa dengan pendapatan tahunan tidak melebihi RM100,000
  • Peserta yang Layak: Semua rakyat dewasa Malaysia yang berusia 21 tahun ke atas dengan pendapatan tidak melebihi RM100,000 setahun
  • Jumlah Penerima Manfaat: Dijangka lebih dari 10 juta rakyat dari golongan B40 dan M40
  • Peruntukan Dana: Sekitar RM1 bilion

JUMLAH KREDIT E-TUNAI UNTUK GOLONGAN DEWASA

Jumlah kredit bantuan sebagaimana yang diumumkan adalah RM100.

TARIKH KREDIT E-TUNAI RM100 DIAGIH

Kementerian Kewangan memaklumkan, ia akan dilaksanakan pada suku keempat tahun ini.

Tarikh Kredit E-Tunai RM100 untuk golongan dewasa

Maklumat Lanjut

Info dan maklumat lanjut inisiatif ini akan diumumkan melalui;

Ikuti info bantuan lain dengan klik link dibawah.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

2 thoughts on “Kredit E-Tunai RM100 untuk Golongan Dewasa”

  1. Saya dari warga emas dan dlm senarai B40 penerima BSH. Adakah saya layak menerima ETunai rm100 dan tak perlu untuk memohon, akan dapat secara automatik? Terima kasih.

Comments are closed.

Scroll to Top