Bantuan Latihan Perantis RM200 Sebulan

Bantuan Latihan Perantis RM200 Sebulan, sila mohon melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang terdekat bagi rakyat yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.

Bantuan sebanyak RM200 sebulan ini untuk anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan.

Berikut adalah perkongsian daripada Mynewskini mengenai Bantuan Latihan Perantis ini. Sila semak maklumat dibawah.

BANTUAN LATIHAN PERANTIS RM200

Bantuan Latihan Perantis (BLP) ini diwujudkan bagi membantu klien Jabatan terutamanya anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan, menganggur atau tidak bekerja serta bekas pelatih Institusi Kebajikan.

Tarikh untuk membuat permohonan bantuan ini dibuka sepanjang tahun.

KADAR BANTUAN

RM200 sebulan seorang.

TUJUAN

Membantu klien Jabatan atau anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan dan menganggur serta bekas pelatih atau bekas penghuni institusi kebajikan untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja.

SYARAT KELAYAKAN

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  2. Anak-anak penerima bantuan atau bekas pelatih/ bekas penghuni dari institusi kebajikan; atau
  3. Kes-kes seliaan akhlak; atau
  4. Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat; ATAU

Nota:
Kelulusan berdasarkan tempoh latihan dan maksimum 24 bulan.

Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

CARA PERMOHONAN

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon,
  • salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama,
  • salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama,
  • salinan penyata gaji (jika ada), dan
  • lain-lain dokumen yang berkaitan.

BORANG YANG BERKAITAN

  1. JKM 18 Borang Permohonan Bantuan
  2. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Latihan Perantis JKM, anda boleh layari website rasmi JKM di pautan https://www.jkm.gov.my/

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top