Cara Aktifkan SPayLater Shopee

Cara aktifkan SPayLater anda di shopee dan anda boleh beli barang secara installment. Dengan bayaran ansuran ini, pembeli boleh mendapatkan barangan tersebut terlebih dahulu.

SpayLater boleh menyelesaikan baki bayaran barangan tersebut secara ansuran selama beberapa bulan dimana jumlah bayaran ansuran ini telah dinyatakan dalam akaun mereka sewaktu membuat pembelian.

SPayLater adalah salah satu kaedah pembayaran ansuran iaitu Shopee’s Buy-Now-Pay-Later.

Pembeli boleh buat pembelian serta-merta dan bayar untuk bulan berikutnya. Pembeli diberi pilihan untuk bayar semula sekali gus pada bulan berikutnya atau dalam tempoh 2 bulan, 3 bulan atau 6 bulan dengan penambahan caj pemprosesan sebanyak 1.25% daripada jumlah barangan tersebut.

SPayLater Shopee

SPayLater ialah kaedah pembayaran Khidmat Bayar Nanti, Pakai Lekas (BNPL) atau Beli-Sekarang-Bayar-Kemudian Shopee.

Pembeli boleh membuat pembelian serta-merta dan membayarnya pada bulan depan, atau sebagai ansuran dalam beberapa bulan.

Pembeli juga mempunyai pilihan untuk mengagihkan pembayaran balik anda kepada 2 bulan, 3 bulan atau 6 bulan (pengguna terpilih) dengan sedikit bayaran pemprosesan sebanyak 1.5% daripada jumlah pesanan.

Ambil perhatian juga bahawa semua pengguna yang menggunakan ciri SPayLater (shopee installment) akan diberikan had perbelanjaan, tertakluk kepada had maksimum RM3,000.

Had ini berbeza dari pengguna ke pengguna, dan ia akan ditentukan oleh pelbagai faktor, seperti jumlah perbelanjaan anda dan corak pembelian di Shopee, serta sejarah pembayaran balik.

Cara Aktifkan SPayLater

Pelanggan yang cukup umur 18 tahun dan warganegara Malaysia serta sudah verified kad pengenalan di shopee layak menggunakan sistem pembayaran ansuran ini.

Nilai yang akan anda dapat adalah berbeza mengikut kelayakan. Mungkin ada yang terima RM400, RM1000 atau sehingga RM3000.Had ini berbeza dari pengguna ke pengguna, dan ia akan ditentukan oleh pelbagai faktor, seperti jumlah perbelanjaan anda dan corak pembelian di Shopee, serta sejarah pembayaran balik.

Untuk membuat pengaktifan Spaylater boleh ikuti cara di bawah:

  1. Log masuk akaun shopee anda
  2. Pada menu utama, klik pada Me di bahagian bawah kemudian Klik pada SPayLater bagi penetapan pengaktifan.
  3. Kelayakkan pengaktifan SPayLater
    • Warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas.
    • Mempunya kad pengenalan yang sah.
  4. Seterusnya, klik butang Activate Now.
  5. Masukkan lod pengesahan One-Time Password (OTP) yang diterima melalui SMS.
  6. Muatnaik gambar kad pengenalan anda bersama maklumat tambahan yang dipinta.
  7. Sistem akan membuat pengecaman wajah bagi pengesahan maklumat yang diberikan
  8. Selesai, SPayLater telah diaktifkan dan sedia untuk digunakan.

Jika pengaktifan Spaylater gagal

Jika gagal,anda boleh anda boleh hubungi pihak Shopee melalui khidmat pelanggan Shopee di talian 03-27779222 atau menerusi Shopee Customer Service Team 

Kadar Caj terbaru SPayLater

Kadar faedah dan caj bergantung kepada plan pembayaran semula

Caj Masa baru diperkenalkan:

Cara aktifkan spaylater

Cara Penggunaa SPayLater

Untuk guna spaylater ini senang sahaja,boleh ikuti proses di bawah:

  1. Buat pesanan seperti biasa di Shopee. Seperti contoh, anda ingin beli phone baru.
  2. Klik ‘add to Cart’ > ‘Check Out’
  3. Kemudian pada bahagian Payment Method, pilih ‘SPayLater’
  4. Pilih plan pembayaran anda. Samada bayar kesemuanya pada bulan hadapan tanpa caj atau 2x, 3x atau 6x dan klik ‘Confirm’
  5. Masukkan pin ShopeePay anda
  6. Akhir sekali, anda akan menerima pengesahan bayaran. Selesai!

Nota: Anda perlu tahu limit anda boleh hutang berapa di spaylater dan cari barang yang harga bersesuaian

Cara Bayar bil SPayLater

Bagi proses pembayaran bil,terdapat halaman khusus di dalam aps shopee anda bagi mereka yang telah aktifkan SPaylater.Untuk proses bayar bil,boleh ikuti langkah di bawah

  • Pergi ke aplikasi Shopee dan tab ‘Me’ > SPayLater.
  • Pada halaman SPayLater, klik ‘Pay Now’
  • Pada bahagian ‘My Bills’ anda boleh lihat bil yang anda ‘dah bayar’ atau ‘belum bayar’ mengikut bulan (paid dan unpaid)
  • Klik bahagian yang belum bayar atau ‘unpaid’ dan pilih kaedah bayaran sama ada perbankan online, cash di 7-eleven atau menggunakan ShopeePay
  • Masukkan no. pin ShopeePay
  • Anda akan menerima pengesahan bayaran selepas bayaran berjaya

Bil bulanan biasanya bermula setiap 1 haribulan. Pastikan pembayaran dilakukan sebelum 10hb jika tidak akaun anda akan dibekukan dan dikenakan charge lewat RM10.

Hukum guna SPayLater

Untuk makluman,sebelum ini Mufti Wilayah Persekutuan ada memberi penjelasan Disini bahawa pelan ansuran melalui Spaylater adalah Haram kerana melibatkan riba disebabkan caj 1.5 sebulan jika lambat bayar.

Namun jika pembayaran sekaligus one-off sebulan dibenarkan kerana tiada caj berlebihan.

Terbaru, pembayaran SPaylater kini patuh syariah.Shopee memaklumkan pelan ansuran BNPL SPayLater telah menerima pensijilan patuh syariah daripada Amani Advisors sebuah firma yang berdaftar dengan suruhanjaya sekuriti setelah mereka mengubah struktur pembayaran lewat.

Antara perubahan terbaru yang di buat ialah tiada caj pembayaran lewat 1.5% jika pengguna lewat bayar namun akaun akan di bekukan dan untuk guna semula perlu bayar denda RM10 yang dikenakan shopee.

Penstrukturan baru patuh syariah ini melibatkan kenaikan fi pemprosesan dari 1.25 % kepada 1.5 % sebulan bagi pembayaran secara ansuran berdasarkan jumlah pembelian yang mana ia merupakan cas yang jelas tanpa sebarang caj pertambahan dikenakan seperti sebelum ini.

Maklumat lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui cara berikut:

Shopee Customer Service No: 0327779222 (7 pagi-10 malam setiap hari)

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari infomarsi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top