Hentikan Perbuatan Buli Siber

Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi informasi mengenai buli siber melalui post media sosial pihak berkenaan di platform Facebook.

Buli siber adalah perbuatan yang tidak elok di mana, perbuatan tersebut adalah mengancam, mengugut, memalukan atau menakut seseorang melalui media elektronik seperti emel, mesej, permainan internet atau laman rangkaian sosial seperti Facebook.

Jika tindakan tersebut memenuhi defisini sebagai buli siber, individu atau insiden tersebut boleh disabitkan hukuman undang-undang dan hukuman penjara.

Seperti tindakan buli lain, buli siber yang teruk atau kronik juga akan menyebabkan mangsa mengalami kemurungan, keresahan serta penyakit lain yang berkaitan dengan tekanan.

Untuk pengetahuan, buli siber boleh menjadi lebih dahsyat daripada jenis-jenis buli lain. Antara tindakan yang boleh dilakukan sekiranya menjadi mangsa buli siber adalah:

  1. Bincang dengan orang yang boleh dipercayai. (Ibu bapa, guru, kaunselor).
  2. Simpan e-mel, mesej atau imej buli sebagai bahan bukti.
  3. Jangan balas mesej teks atau e-mel buli.

Bincang dengan orang yang boleh dipercayai. Orang yang anda rapat seperti ibu bapa adalah salah satu tempat dimana mangsa buli siber boleh mendapatkan sokongan, berbincang atau meluahkan apa yang sedang berlaku, selain itu kaunselor dan guru juga adalah tempat untuk berbincang dengan masalah yang dihadapi.

Tindakan lain adalah, simpan bahan-bahan bukti yang dilakukan oleh pembuli siber, seperti mesej, imej atau emel. Ini adalah untuk memudahkan pihak berkenaan untuk melakukan tindakan yang betul.

Selain itu, mangsa buli haruslah jangan membalas mesej teks atau emel daripada pembuli. Agar pembuli tersebut jika boleh tidak meneruskan tindakan membuli kerana ia akan dan boleh memberi kesan negatif kepada mangsa.

Berdasarkan gambar rajah dari sumber pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, mengatakan bahawa pembuli siber ini sukar untuk dikenalpasti kerana mereka boleh merahsiakan identiti sebenar.

Pembuli siber juga lebih mudah bersekongkol berbanding pembuli lain kerana bilangan individu yang boleh serta tidak dihadkan dalam dunia siber.

Akibat berlakunya buli siber di dalam dunia siber yang tidak bersempadan. Ini akan menyukarkan mangsa untuk melindungi diri mereka.

Untuk makluman lanjut, buli siber ini boleh berlaku selama-lamanya, iaitu 24 jam sehari, 7 hari seminggu malah sehingga 356 hari setahun.

Oleh sebab itu, hentikan buli siber kerana ia tidak mendatangkan sebarang kebaikan malah kesan negatif yang akan diterima oleh mangsa buli. Media sosial dan platform dalam internet bukan tempat untuk membuli.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top