Peralihan Fasa Endemik 1 April 2022

Pada sidang media yang diadakan oleh Perdana Menteri Ismail Sabri 8 Mac baru-baru ini, negara akan memasuki fasa peralihan endemik bermula 1 April.

Sejak dua tahun lalu, rakyat bergelut dengan wabak penyakit Covid-19. Dengan peralihan fasa ini, rakyat akan beralih kembali kepada kehidupan normal agar dapat mengukuhkan kesihatan dan ekonomi.

Perdana Menteri Ismail Sabri mengatakan pada sidang media, “fasa ini adalah fasa sementara sebelum negara ke fasa endemik (sepenuhnya) yang mana ia tertakluk kepada pengumuman Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)”.

Akan tetapi bermula 1 April, pemakaian penutup muka masih wajib, pendaftaran Mysejahtera masih diwajib, namun had waktu operasi bagi premis dimansuh.

Antara inipati lain sidang media itu, perniagaan tiada lagi had kapasiti 50 peratus. Namun, penjarakan fizikal sangat penting dan masih digalakkan agar virus tersebut tidak menjangkiti atau merebak.

Manakalah sempadan negara dibuka semula pada 1 April. Ini bermakna perniagaan dalam sektor perlancongan juga boleh kembali bernafas mengukuhkan ekonomi mereka.

Had waktu operasi premis perniagaan juga dimansuhkan bermula 1 April, restoran boleh beroperasi 24 jam.

Bagi aktiviti perkumpulan ramai juga had kapasiti 50 peratus telah dimansuhkan.

Manakala solat jemaah di masjid atau surau atau upacara sembahyang di rumah ibadat selain Islam boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal. Alhamdulillah.

Ringkasan 10 SOP yang dikuatkuasakan dalam Fasa “Peralihan Endemik”

  1. Pemakaian pelitup muka di tempat awam.
  2. Pemilik premis perniagaan wajib memastikan sistem pengudaraan (ventilasi) yang baik di dalam premis.
  3. Sentiasa menjaga kebersihan tangan.
  4. Ujian pengesanan Covid-19 mengikuti tatacara National Testing Strategy.
  5. Had waktu beroperasi bagi premis perniagaan dimansuhkan
    • Perlaksanaan waktu operasi premis mengikut syarat lesen operasi premis.
  6. Pendaftaran kemasukan menggunakan MySejahtera masih diwajibkan.
    • Hanya dikecualikan dikawasan terbuka, tidak sesak dan tiada perhimpunan.
    • MYS Trace diwajibkan untuk tempat tertutup yang dipenuhi tetamu atau pengunjung.
  7. Aktiviti solat di masjid atau surau atau upacara sembahyang di rumah ibadat selain Islam boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal.
    • Tertakluk kepada ketetapan Pihak Berkuasa Agama Negeri dan Kementerian Perpaduan Malaysia/ Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain.
  8. Keperluan Vaksinasi
    • Had kapasiti pekerja yang bergantung kepada liputan vaksinasi dimansuhkan
    • Rentas negeri dibenarkan tanpa mengira status vaksinasi.
  9. Kekerapan dan melakukan pembersihan premis diseragamkan bagi setiap Kementerian.
  10. Individu yang disyaki atau disahkan positif Covid-19 eajib mematuhi setiap garis panduan yang ditetapkan oleh KKM.
    • Ujian pengesanan Covid-19 dan tatacara kurantin.

Pembukaan Sempadan Negara

Bagi negara yang masih menutupi sempadannya, rakyat masih boleh memanfaatkan kaedah Vaccinated Travel Lane (VLC) yang telah dipersetujui oleh Kerajaan Malaysia dengan negara-negara yang terbabit.

Rakyat Malaysia yang mempunyai dokumen perjalanan yang sah boleh keluar masuk negara seperti biasa serta dibenarkan untuk pergi ke mana-mana negara yang turut membuka sempadannya kepada pengembara luar.

Bagi yang telah menerima vaksinasi lengkap, tiada keperluan menjalani sebarang tempoh kuarantin dan hanya perlu melalui ujian pengesanan Covid-19 sebelum berlepas serta semasa ketibaan.

Antara 7 tonggak Fasa Peralihan Endemik

  1. 1 SOP umum, 9 Garis panduan (boleh rujuk MKN)
  2. Sistem Amaran dan Tindakan (Highterned Alert System HAS), tiada PKP secara besar-besaran di seluruh negara.
  3. National Testing Strategy, rakyat memantau kesihatan dan menilai risiko sendiri. Segera melakukan ujian pengesanan Covid-19 sekiranya mempunyai gejala.
  4. TRIIS (Test, Report, Isolate, Inform, Seek). Menggunakan aplikasi MySejahtera untuk melaporkan hasil saringan kendiri.
  5. Automated FTTIS (Find, Test, Trace, Isolate, Support). Pengesanan kontak rapat lebih mudah dan secara automatik.
  6. Pembukaan sempadan negara. Pengembara luar tidak perlu memohon MyTravelPass yang akan dimansuhkan.
  7. Duta-duta Komuniti. Mendidik masyarakat amalan dan langkah-langkah keselamatan, 1 SOP serta garis panduan di fasa berkenaan.

Sumber: Berita Harian

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari infomarsi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top