Mohon Lantikan Separa Perubatan (SPA9)

Berita baik untuk warga Malaysia, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah membuka permohonan jawatan-jawatan dan latihan di jabatan separa perubatan.

Pihak kami berkongsi maklumat mengenai Latihan Separa Perubatan yang dibuka setiap tahun, info ini adalah kelayakan minimum bagi memasuki latihan separa perubatan.

Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

Terdapat 10 Latihan Separa Perubatan bertaraf diploma iaitu:

  1. Latihan Jururawat
  2. Latihan Penolong Pegawai Perubatan
  3. Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  4. Latihan Juru X-Ray
  5. Latihan Jurupulih Perubatan Fisioterapi
  6. Latihan Jurupulih Perubatan Cara Kerja
  7. Latihan Juruteknik Makmal Perubatan
  8. Latihan Penolong Pegawai Farmasi
  9. Latihan Juruteknologi Pergigigan
  10. Latihan Juruterapi Pergigian

Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil

Manakala bagi taraf sijil terdapat 2 latihan iaitu:

  1. Latihan Pembantu Kesihatan Awam
  2. Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian

Calon-calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau SPM (V) boleh memohon melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM).

Graduan Latihan Separa Perubatan berpeluang ditawarkan pelantikan tetap atau kontrak ke skim perkhidmatan yang berkaitan dalam perkhidmatan awam tertakluk kepada kekosongan jawatan semasa. 

Sesi pengambilan bagi Latihan Separa Perubatan adalah 2 kali setahun iaitu bagi kemasukan Januari dan Julai.

Syarat Kelayakan Umum

  •  Warganegara Malaysia; 
  • Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; 
  • Sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V); 
  • Pemohon hendaklah memenuhi syarat kelayakan akademik minimum di peringkat SPM/SPM(V) berdasarkan jenis Latihan Separa Perubatan yang dimohon, sila rujuk jenis-jenis Latihan Separa Perubatan.   

Kategori Pemohon dan Had Umur

  • Pemohon merupakan calon lepasan SPM/SPMV:  
    1. Berumur tidak kurang daripada 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.   
  • Pemohon merupakan Pegawai Sedang Berkhidmat (PSB) Perkhidmatan Awam Am Persekutuan yang layak dipertimbangkan bagi Peningkatan Secara Lantikan (PSL): 
    1. Umur tidak melebihi 51 tahun pada tarikh tutup permohonan;  
    2. Telah berkhidmat sekurang-kurangnya empat (4) tahun dan disahkan dalam perkhidmatan; dan  
    3. Mempunyai prestasi cemerlang dengan purata markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terakhir berturut-turut tidak kurang daripada 85% (penilaian genap 12 bulan bagi setiap tahun).   
  • Pemohon merupakan PSB dalam mana-mana skim perkhidmatan lain dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan:  
    1. Umur tidak melebih 38 tahun pada tarikh tutup permohonan;  
    2. Telah berkhidmat sekurang-kurangnya empat (4) tahun dan disahkan dalam perkhidmatan; dan  
    3. Mempunyai prestasi cemerlang dengan purata markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terakhir berturut-turut tidak kurang daripada 85% (penilaian genap 12 bulan bagi setiap tahun).

Syarat Kelayakan Akademik

Manakala bagi syarat kelayakan akademik bagi memasuki latihan separa perubatan ini adalah seperti gambar dibawah:

Calon-calon yang terpilih akan mengikuti latihan di Institut Latihan yang dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Senarai ILKKM boleh didapati dengan melayari Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Latihan KKM (https://latihan.moh.gov.my/v5/)

Maklumat dan panduan lanjut boleh dilayari di laman portal rasmi Panduan SPA9.

Sila kongsi maklumat ini kepada saudara atau rakan yang berminat untuk memohon jawatan separa perubatan.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari infomarsi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top